KUALA LUMPUR, 26 Okt — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan para pencarum membuat pengeluaran sehingga RM10,000.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, wang berkenaan bertujuan bagi bagi menampung perbelanjaan individu yang terjejas akibat c0v1d-19.
“Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ sehingga RM10,000 dari akaun 1 KWSP bagi kegunaan mendesak.
“Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ ini dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi pulih — tidak termasuk caruman bulanan biasa,” katanya.
Sebelum ini, Najib pernah mencadangkan KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari akaun 2 bagi mengurangkan beban ekonomi susulan c0v1d-19.
Saranan itu disahut kerajaan dengan memperkenalkan skim i-Lestari yang membenar pencarum membuat pengeluaran maksimum RM500 sebulan.
Terdahulu, Najib berkata surat aku janji yang dicadang bukanlah jaminan pencarum diminta membayar semula seperti pinjaman.
Jelasnya, ia lebih bersifat peringatan bahawa caruman KWSP penting untuk simpanan hari tua.
“Saya hendak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersara.
“Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak,” katanya lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : wowberita