“LAYAN Datuk Nicol (David) seperti pemenang Olimpik.” Itu pandangan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen Daud yang melihat elaun bulanan sepanjang hayat wajar dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada ikon negara itu.
Walaupun skuasy tidak dipertandingkan di Olimpik, beliau melihat pemberian elaun bulanan kepada Nicol seperti pemenang pingat Olimpik adalah salah satu cara menghargai penat lelahnya.
“Selama 20 tahun dia berusaha menaikkan nama negara. Lapan kali bergelar juara dunia, sembilan tahun berada di keduduk4n nombor satu dunia.
“Mana pernah atlet Malaysia lain meraih pencapaian sepertinya. Atlet seperti Nicol seharusnya dibantu dari segenap aspek. Pencen adalah salah satu perkara yang wajar dipertimbangkan,” menurut Nik Razeen.
Untuk rekod, pencen hanya diberikan kepada atlet negara yang meraih podium di Olimpik atau Paralimpik di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO).
Pemenang emas di Olimpik akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM5,000, perak RM3,000, manakala gangsa RM2,000 yang diterima sepanjang hayat.
Antara penerimanya adalah Datuk Lee Chong Wei (perak Olimpik Rio), Azizulhasni Awang (gangsa Olimpik Rio), selain tiga atlet paralimpik negara yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio iaitu Mohd Ridzuan Puzi, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.
“Sayangnya skuasy masih belum tersenarai di Olimpik, jika sebaliknya sudah pasti emas berjaya diraih. Namun, dia wajar dipertimbangkan untuk dilayan seperti pemenang medal Olimpik.
“Malah bukan saja kepada skuasy, namun sukan lain yang mempunyai juara dunia turut wajar diberikan layanan sama,” tambahnya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengarahkan MSN mewujudkan satu insentif istimewa bagi memastikan perancangan atlet berusia 35 tahun itu yang bakal bersara dapat dijayakan.
Nicol yang bakal bersara pada Jun ini, turut meraih 81 kejuaraan Jelajah PSA, selain lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel.
Pada masa sama, Nik Razeen menjelaskan pihaknya sedia mendengar perancangan Nicol dan memberikan sokongan penuh kepadanya nanti. Sumber harian metro
Sebut sahaja sukan skuasy, nama Datuk Nicol Ann David pastinya tokoh sukan paling disegani sehingga diberi jolokan ratu skuasy negara. Kejuaraan demi kejuaraan dirangkul saban tahun sehingga mendapat gelaran pemain profesional dunia.
Terbaru, dunia sukan dikejutkan dengan pengumuman terbaru Nicol David yang menyatakan hasrat persaraannya, semalam.
Nicol menerusi laman sosialnya mengesahkan akan bersara selepas Jelajah Profesional Squash Assosiation (PSA) pada Jun depan. Keputusan itu diambilnya setelah 20 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan. Paling membanggakan Nicol pernah berada di keduduk4n pemain nombor satu dunia 9 tahun berturut-turut bermula 2006 hingga 2015.
Menurutnya, keputusan itu amat tepat buat dirinya ketika ini. Walaubagaimanapun, Nicol mengakui akan kekal aktif dalam sukan yang sudah menjadi darah dagingnya itu.
Selepas lebih 20 tahun mewakili negara dalam sukan skuasy, beraksi dalam jelajah profesional dan menikm4ti beberapa kejayaan, saya sekarang ini sudah bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan pada penghujung musim ini.
Ujarnya, keputusan bersara telah lama difikirkan dan dia sedia maklum musim ini adalah yang terakhir untuknya. Tambahnya lagi, dia telah berjuang fizikal dan mental untuk kekal yang terbaik sebelum ini dan hanya tinggal tenaga terakhir sebelum ke peringkat seterusnya.
Keputusan ini telah difikirkan masak-masak dan saya tahu ini adalah musim terakhir untuk saya sertai. Minda dan tubuh daya telah lama berjuang untuk kekal berada di tempat teratas, kekal menjuarai untuk masa yang panjang.
Saya rasakan hanya ada tenaga terakhir untuk musim terakhir sebelum melangkah ke fasa berikutnya dalam hidup.
Selain kejayaannya memenangi 8 kali kejuaraan dunia, Nicol juga pernah merangkul piala Terbuka Britain, 2 pingat emas Sukan Komanwel, 5 emas Sukan Asia dan 3 emas di Sukan Dunia.
Zaman kegemilangan Nicol di ranking dunia PSA berakhir pada September 2015 namun dia mengukir sejarah dengan rekod paling lama memegang takhta top 5 selama 143 bulan dan top 10 selama 177 bulan.
Selepas bergelar pemain profesional pada 2000, pemain kacukan Cina-India ini memenangi 81 gelaran, ke final sebanyak 102 kali dan memenangi 567 dari 680 perlawanan. Kejuaraan terbarunya adalah di Ciudad de Floridablanca pada Mac 2017.
Anak kelahiran Pulau Mutira ini juga berjaya dinobatkan sebagai Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman melalui satu undian pada musim panas tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Bernama/ Nalurikini / petuadanresepibonda.com