SELEPAS enam hari bergelar ibu, pelakon Farah Nabilah Saipuddin, 28, berkongsi nama anak sulungnya iaitu Andre Omar Mohamed Amirul.
Farah berkongsi nama tersebut menerusi akaun Instagramnya, hari ini.
“My precious, Andre Omar bin Mohamed Amirul,” katanya.
Farah juga berkongsi sebahagian wajah anaknya dan bergurau mengenai Andre Omar yang bulat.
“Ya, semua makanan yang saya pesan melalui perut mommy pergi ke pipi saya,” tulisnya.
Rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah penuh Andre Omar.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar