Menteri beri amaran kluster Green Hill di Sarawak super spreader

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian berkata, strain v1rus c0v1d-19 dikaitkan dengan kluster Green Hill di negeri itu dilihat mudah berj4ngk1t.

Beliau berkata, mereka yang dij4ngk1ti mula menunjukkan gejala pada hari ke-3 hingga ke-5 berbanding hari ke-10 ke atas seperti kes sebelum ini.

Sim, yang merupakan pakar kardiologi, berkata kajian makmal menunjukkan jumlah v1rus adalah tinggi.

“Jumlah v1rus lebih tinggi bermaksud ia lebih cepat dan mudah mereb4k. Jadi, ada ramai pes4kit muda yang dij4ngk1ti dari kluster itu, menunjukkan gejala pada hari ke-3 hingga ke-5.

“Kebanyakannya (kluster Green Hill) sudah menjalani ujian swab c0v1d-19 di h0sp1tal dan klinik swasta, bukannya menunggu petugas kesihatan kita datang kepada mereka.”

Beliau menasihatkan orang ramai menjalani ujian swab ke-2 jika keputusan pertama negatif.

“Jika ujian pertama negatif, itu tak bermakna anda belum dij4ngk1ti kerana tempoh inkubasi v1rus adalah 14 hari.

“Dasar kerajaan Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Douglas Uggah Embas berkata, tiada sekatan memasuki dan keluar dari Kuching buat masa ini, walaupun daerah itu dikategorikan zon merah.

Namun, beliau menasihatkan orang ramai tidak melawat Kuching, sekiranya tiada urusan penting.

Katanya, kluster Greenh Hill, yang melibatkan individu dan kontak rapat dalam dan sekitar Kuching, agak membimbangkan dan menggesa semua orang mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan tempat sesak.

Setakat ini, 21 kes positif membabitkan kluster itu, termasuk kes indeks – seorang peniaga dalam talian yang disahkan positif di h0sp1tal swasta pada 26 Okt lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://mykmu.net/