“Seorang Anak Kembar Meningg4l Dunia…” – Fazley Yaakob

CEF selebriti terkenal Datuk  berkongsi pengalaman menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya iaitu Fariedz sempena ulang tahun ke-12 kanak-kanak itu pada Khamis lalu.

Fazley, 42, berkata isterinya iaitu Datin Azrene Ahmad melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka itu.

Malah mereka juga kehilangan seorang anak lelaki yang juga merupakan kembar kepada Fariedz atau nama panggilan manjanya Payish.

Fazley berkongsi video koleksi momen bersama anak sulungnya.

“Mama perlu lalui banyak cabaran untuk dapatkan awak, malah kami kehilangan kembar lelaki awak.

“Saya masih ingat hari di mana kami bawa awak pulang ke rumah, mama masih lemah daripada pembed4han yang dilakukan.

“Saya perlu dukung awak yang kecil di tangan saya. Saya bantu mandikan awak dan bersihkan urri awak dan tanamkannya.

“Bergegas pulang untuk pelvk awak dengan bangganya, anak pertama saya,” katanya.

 

Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish, dida sangat berbangga dengan awak.

FAZLEY YAAKOB

PENYANYI

Penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini turut memuat naik video koleksi anak sulungnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa bangga melihat anaknya itu semakin membesar dengan baik.

Fariedz juga pernah mengikuti dia, isteri dan rakan baiknya iaitu penyanyi Imran Ajmain ke Tanah Suci, Makkah, pada awal tahun ini.

Fazley bersama anak sulung, isteri dan rakan baiknya, Imran.

“Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish. Dida sangat berbangga dengan awak. Setahun sudah berlalu dan awak semakin membesar dengan baik.

“Alhamdulillah awal tahun ini awak dipilih menjadi tetamu Allah untuk pertama kali bersama dida, mama dan Nanan (Imran Ajmain).

“Awak cakap yang awak mohon pada Allah untuk dikurniakan kebahagian dan keluarga yang sentiasa menyayangi. Saya sayang awak. Happy 12th birthday to you,” ujarnya.

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2006 dan selain Fariedz, mereka juga mempunyai tiga lagi cahaya mata.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via MediaViral