Percaya lomp4t bayi hapus d0sa

TIDAK ada ibu bapa di dunia ini yang akan menyerahkan bayi mereka untuk mengambil bahagian dalam acara berbahaya dan berisiko tinggi.

Namun berbeza di Castrillo de Murcia, utara Sepanyol yang mana ibu bapa di situ membaringkan bayi mereka di atas tilam untuk dilompat dalam Festival Salto del Colacho.

Beberapa orang lelaki yang memakai kostum melambangkan ‘sy4it4n’ digelar sebagai El Colacho akan melompat melepasi sekumpulan bayi.

Sebelum itu, lelaki yang menjadi ‘sy4it4n’ itu akan memakai topeng dan berlari di sekitar bandar dengan membawa seba4tan untuk mengejar mereka yang mengh1nanya.

Ia merupakan acara pemanas badan sebelum mereka melompat melepasi bayi-bayi yang di baringkan di atas tilam di jalanan.

Festival Salto del Colacho yang telah diraikan sejak tahun 1621 itu akan membaringkan sekumpulan bayi di atas tilam.

BAYI akan disusun di atas tilam sebelum acara lompatan dalam Festival Salto dek Colacho diadakan.

Kemudian sekumpulan lelaki mengenakan pakaian kuning yang melambangkan ‘sy4it4n’ akan melompat ke atas mereka.

Perbuatan tersebut dipercayai dapat menyingkirkan unsur jah4t daripada bayi itu.

‘Sy4it4n-sy4it4n’ itu akan mula berlari dan melompat melepasi bayi-bayi tersebut sementara sekumpulan lelaki berwajah mur4m serta berpakaian hitam akan berbaris memukul gendang.

Selepas Colacho melakukan lompatan, bayi-bayi akan ditabur dengan kelopak bunga mawar dan diberkati oleh paderi sebelum ibu bapa masing-masing mengambil semula anak mereka.

Sejak berabad perayaan itu diraikan, tidak ada sebarang keced3raan direkodkan dalam kalangan bayi, tetapi ia bukan jaminan bahawa festival itu selamat sebaliknya ia merupakan perayaan yang paling berisiko di dunia.

Oleh itu, Pope sebelum ini iaitu Benedict XVI telah meminta paderi Sepanyol untuk menjauhkan diri mereka daripada acara tersebut.

Seorang pelancong yang ingin dikenali sebagai Wade Gravy berkata, acara itu cukup mendeb4rkan.

“Saya sangat ris4u lelaki itu terpij4k bayi-bayi tersebut ketika melakukan lompatan tersebut.

“Syukur mereka selamat dan tidak mengalami sebarang keced3raan,” katanya.

MASYARAKAT tempatan percaya acara lompat bayi dapat menghal4u r0h jahat ke atas bayi itu, selain dapat menghapus d0sa seluruh bandar.

Asal-usul ritual itu tidak jelas, tetapi penganut Katolik di Sepanyol meraikan festival itu dengan penari yang memakai baju berwarna-warni seperti sy4it4n dan malaikat.

Castrillo de Murcia yang mempunyai populasi 500 orang menjadi terkenal kerana festival berbahaya itu dan pada hari ini, ia dianggap sebagai perayaan warisan budaya penting di tempat itu.

Festival Salto del Colacho berlangsung pada bulan Mei dan Jun setiap tahun di situ.

Ia adalah pert4rung4n antara kebaikan dan kejah4tan yang dipercayai akan memberikan kehidupan lebih baik kepada bayi tersebut.

Di samping itu, acara tersebut juga dipercayai dapat membersihkan d0sa asal bayi-bayi tersebut kerana orang Kristian percaya, semua manusia menerima akibat burvk ekoran Adam dan Hawa yang melanggar perintah Tuhan ketika di syurga.

Bukan itu sahaja, mereka juga percaya menerusi acara itu, akan mengusir d0sa di seluruh bandar tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo