Ibu Sahkan Neelofa Dan PU Rizz Bakal Kahwin, Sekali DS Vida Bagi Komen Panjang

Ibu pengacara Neelofa, Noorkartini Noor Mohamed mengesahkan spekulasi anak perempuannya dirisik Pu Rizz melalui muat naik foto dan kemas kini di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Kartini mengatakan diirnya bahagia kerana Neelofa sudah menemukan insan istimewa yang bakal membimbing bidadarinya.

“Bismillahhir0hmanir0him

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. 

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku, setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulis Kartini.

Sebelumnya, di laman sosial beberapa foto Neelofa dan PU Rizz bersama tetamu yang hadir ke rumah keluarganya menimbulkan spekulasi bahawa ada majlis yang diadakan.

KOMEN DS VIDA

Awani juga melaporkan sumber memberitahu PU Rizz merisik Neelofa selepas menunaikan solat Asar bersama.

Keduanya dikatakan akan menikah sekitar Mac 2021.

Instagram: @noorkartini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : GEMPAK