SEMALAM, selebriti dan usahawan ternama, Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana.
Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga ahli perniagaan terkenal itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.
Alhamdulillah dan tahniah! Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Berikut sedikit info mengenai PU Riz, bakal imam Neelofa.
PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016. Beliau juga seorang pendakwah bebas serta pelakon.
Biodata PU Riz
1. Nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail.
2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.
3. Kelahiran negeri Selangor.
4. Berusia 25 tahun (lahir pada tahun 1995).
5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.
6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).
7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.
8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim ke empat pada 2016.
9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSl Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.
10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.
11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan D0sa pada 2019.
12. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas peper4ngan yang berlaku di sana.
13. Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.
14. Gemar bermain futsal.
15. Instagram miliknya yang menggunakan nama @hrisbismail sehingga kini mengumpul lebih 136 ribu pengikut.
Sebelum ini Neelofa pernah berkata, dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.
Kenapa Neelofa Pilih Pu Rizz Sebagai Jurucakap Pertubuhan Amal
“Saya pilih dia sebab nak ada seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh menjadi jurucakap
Ini supaya tiada yang salah faham memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama yang luas” iajar Neelofa
“Saya akan kongsi dengan siapa sahaja saya pilih dan akan berkahwin. Bagaimanapun, saya menafikan bercinta dengan PU Riz.
“Saya kenal PU Riz sejak tiga tahun. Kami sudah lama bekerjasama daripada program 99 Names
Majlis buka puasa dan terawih di rumah hinggalah aktiviti berkaitan dengan Pertubuhan Kasih Neelofa.
Bukan sahaja rapat dengan saya, malah PU Riz juga berkawan dengan kebanyakan ahli keluarga saya.
“Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya.
Disebabkan itu, PU Riz dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik saya.
“Pasangan pengantin, Aqief dan Aqief yang menjemput PU Riz, bukan saya.
Jadi, tentulah anda semua melihat PU Riz pada majlis berkenaan bersama keluarga saya.
Ini disebabkan hubungan baik ini,” katanya
semoga keduanya dipermudahkan urusan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar via budaksitu