Isteri presiden Turki, Emine Erdogan, mendapat perhatian selepas gambarnya memperagakan beg jenama Hermes tular setelah suaminya, Recep Tayyip Erdogan, meminta orang ramai memb0ikot jenama Perancis.
Beberapa hari lalu, Emine telah dikritik oleh beberapa orang di Turki kerana memperagakan beg jenama Hermes.
Salah satu kritikan itu datang dari pemimpin Parti Republik Turki Kemal Kılıcdaroglu yang meminta Presiden Erdogan atau isteri presiden, Emine Erdogan untuk memb4kar beg jenama Hermes miliknya.
“Emine sendiri mempunyai beg (Hermes). Dia harus memb4karnya di taman istana presiden dan berkata ‘Saya protes’,” katanya seperti dipetik dari media Turki, duvarenglish.
Jawapan Balas Media Pro-Pemerintah
Bagi beberapa media pro-kerajaan, mereka mendakwa bahawa beg Hermes kepunyaan Emine tidak asli atau palsu.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Hande Firat, salah seorang kolumnis dari media Hurriyet pada 30 Oktober 2020, Hande menyatakan bahawa beg yang dipakai oleh Emine adalah jenama Hermes versi klon.
Dalam tulisannya, Hande mended4hkan bahawa ketika dalam perjalanan, Emine lebih suka memilih untuk memakai beg dari jenama tidak terkenal, Emine juga didakwa lebih suka memakai beg jenama tempatan.
“Dia tidak membeli beg dengan harga tinggi. Dia membeli yang tiruan atau palsu, bukan barang asli,” tulis Firat dalam kolumnya.
Hande juga menulis bahawa sumbernya mengatakan bahawa saat ini Emine sangat prihatin terhadap masalah alam sekitr. Emine yang juga peneraju dalam projek zero-waste seboleh-bolehnya mahu menggunakan produk mesra alam, termasuk dalam hal beg.
Pandangan Netizen
Tulisan Hande di media pro-Turki telah diperbincangkan oleh para netizen. Seorang netizen yang dikenali sebagai peguam kemanusiaan Turki bernama Kerem Altiparmak mempersoalkan dakwaan Hande.
Dia menulis, beg Hermes milik Emine ini pernah menjadi perhatian pada tahun 2019. Bahkan seorang wartawan Turki pernah mengkritik gaya Emine yang suka memperagakan barangan berjenama ketika Turki dilanda krisis ekonomi.
“Pada waktu itu tidak ada yang menyatakan bahawa beg itu palsu. Ketika boik0t produk Perancis bermula, Hande Firat mula mendakwa bahawa beg itu palsu,” tulis Kerem.
Malah, selain Hermes, Emine juga beberapa kali dilihat memakai produk jenama Perancis yang lain seperti Chanel. Emine dilihat membawa beg Chanel ketika menemani suaminya dalam lawatan ke Hungary dan China.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.thevocket.com