KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Tiada siapa yang tak sayang ibu kan?
Ada yang panggil mak, mama, umi dan mami. Tak kisahlah apa pun gelaran kepada insan istimewa itu namun wajib kita hargai.
Tetapi bagaimana nak menzahirkan rasa sayang kepada ibu itu?
Yang masih ada ibu bapa, alhamdulillah kita ada lagi masa mencurahkan bakti dan membalas jasa namun pada yang sudah tiada, panjatlah doa selalu dan sentiasalah bersedekah bagi pihak mereka.
Seperti satu perkongsian video berdurasi 3 minit 45 saat di laman sosial Faizal Faiz Farish pada tiga hari lalu yang mencuri tumpuan warganet.
Video prank itu kini telah mendapat lebih 8000 perkongsian dan hampir 25 ribu tanda suka di Facebook.
Kongsinya, prank yang diselangi dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu oleh Datuk Siti Nurhaliza itu memang dirancangnya untuk memberi hadiah sempena hari lahir ibu tercinta.
Dia pada mulanya buat-buat terjatuh di bilik air memanggil ibunya, kemudian ibu dengan pantas datang membantu. Namun lakonannya itu hanya bertahan selama beberapa minit dan terhenti kerana tergelak. Akhirnya dia menghadiahkan ibu tersayang dengan seutas rantai tangan emas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sangat seb4k dan terharu dengan cara dia meraikan ibu tersayang itu.
Kata mereka;
Nilam Noorizan – Ya Allah.. Kenapa touching sangat ni. Tiba- tiba berair mata ni ha.. Sanah Helwah Mamanya.
Ana Zairenah – Ya Allah anak bertuah! Part peluk tu bikin tacing… Sampainya tu di sinii. Sanah helwah emaknya… Semoga anaknya terus bagi kegembiraan dengan emaknya.
Nurjasmyn Mynn – Saya nangis… Dua kali ulang tengok. Selamat hari ulang tahun kelahiran untuk ibunda tercinta… Semoga umur diberkati dan berbahagia di dunia dan akhirat. Aamiinn.. Kirim salam mak..
Hashimah Ismail – Kejutan yang terkejut. Menitis air mata… Lihatlah bagaimana tindakan segera ibu. Selamat bersara dan Happy Birthday kepada ibu awak.
Suriazarah Saad – Tak berasa ayaq mata mengalir..anak yang hebat lahir daripada ibu bapa yang hebat. Tahniah wahai anakanda yang sangat menghargai ibu . Moga awak juga akan mendapat kebahagian daripada seorang wanita…Aamiin.
Redze Ahmad – Tersentuh hati kecilku menonton video ini. Tiba – tiba mataku terpercik air bawang. Ped1hnya rasa… Syukur Alhamdulillah…masih punyai emak yang dikasihi dan disayangi…tak seperti aku emak telah pergi buat selamanya bertemui Ilahi.. Al~Fatihah buat emak yang dikasihi. Aamiin.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar