Seorang pengguna twitter dikec4m hebat kerana tergamak mengeluarkan kenyataan tidak sensitif terhadap usahawan dan personaliti popular Neelofa.
Pengguna twitter ini memuat naik status di akaun Twitter miliknya hari ini memberi gambaran bahawa Neelofa yang kini berusia 31 tahun ‘tak laku’, dan akhirnya memilih lelaki lebih muda.
” Jadi Neelofa, 31, telah bertunang dengan PU Riz, 25, dengan perbezaan umur 6 tahun lebih muda. Ini membuktikan bahawa wanita di luar sana mempunyai masa yang terhad . Pada suatu masa, kau akan tak laku bila sudah berusia. Sebab itulah, mak-mak tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin”- katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun mendapat kri1tikan daripada netizen termasuk ahli politik Malaysia dan peguam Dyana Sofia.
Beliau yang menggunakan nama @dyanasmd di akaun Twitter membidas pendapat pengguna twitter ini dan mendakwa ia sebuah pandangan yang ternyata lapuk. Kerana apa yang dimiliki oleh Neelofa adalah yang terbaik. Kerana Neelofa sendiri yang membuat untuk kehidupannya dan itulah hal yang terpenting.
“Idea dia untuk dapatkan Putera Impan bukan milik anda. Waktu yang tepat untuk dia berkahwin, tidak sama dengan garis masa tepat yang anda dakwa.
Tetapi pilihan hatinya ternyata lebih baik. Kenapa? Kerana itu adalah keputusannya mengenai kehidupannya sendiri dan itulah yang paling penting.
Yang ‘tidak laku’ adalah pendapat lapuk anda”
Sementara itu, pelbagai komen netizen yang turut menasihati pengguna twitter ini untuk menarik semula kenyataan terbabit namun tanpa rasa bersalah beliau mempertahankan tindakannya. Walaubagaimanapun, menurut tinjauan Murai MY di twitter, tweet ini telah dihapuskan.
Pengguna Twitter, @shashawl berkata “Jadi nak cakap Neelofa tak dapat ‘prince charming’ ke? bro, she IS the prince charming, he’s so lucky to have her….”
Manakala pengguna Twitter, @qupoton berkata “Sangat lucu apabila saya membaca seseorang berkata “Neelofa dah tak laku” sangat lucu lah! Dia adalah Neelofa, di mana kau sendiri pun belum tentu dapa capai tahap dia, sebab pencapaian yang dia dapat dan apa yang dia ada. Walaupun dia pakai niqab pun ramai nak dia sebab nama dia.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : murai.my