Macam Tak Percaya, Keturunan Sultan Singapura Hanya Kerja Tukang Cuci

Tidak seperti di Malaysia yang masih memartabatkan kuasa diraja, negara jiran, Singapura, pula adalah sebaliknya.

Di republik moden Singapura, siapa sangka bahawa kerabat diraja daripada raja negara itu pada abad ke-19 kini hanya bekerja seperti orang biasa, mencari rezeki dengan membawa teksi, bekerja sebagai tukang cuci dan sebagainya.

Begitulah yang dialami oleh Tengku Shawal, 51, dan keluarganya yang merupakan salah seorang dari keturunan Sultan Hussein Shah.

Reuters

Tengku Shawal, seperti yang dibawa dalam namanya, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau pemerintah diraja. Bagaimanapun, pada hari ini, masih ramai lagi penduduk di Singapura yang tidak mengetahui tentang kewujudan mereka.

Tengku Shawal menerusi temu bualnya bersama Reuters memaklumkan bahawa beliau pernah tinggal di istana yang terletak di Kampong Glam sebelum seluruh kaum kerabatnya diminta untuk berpindah bagi menjadikan istana berkenaan sebagai sebuah muzium tarikan pelancong.

Reuters

Menurut Tengku Shawal, sehingga kini beliau masih lagi mengunjungi muzium yang pernah menjadi kediamannya suatu ketika dahulu disamping melawat masjid dan tanah perkubvran yang berada berdekatan dengan lokasi muzium berkenaan.

Berbicara tentang usahanya untuk melestarikan warisan kaum kerabatnya pada masa ini, Tengku Shawal memaklumkan bahawa beliau sering menggayakan persalinan pakaian tradisional kerajaan disamping menghadiri pelbagai acara perayaan yang disambut di negara itu.

Reuters

Salah seorang kerabat diraja yang juga pernah tinggal di istana ketika zaman kecilnya, Tengku Indra, 67, turut mengakui bahawa status yang dimiliki oleh kerabatnya tidak memberi impak kepada kehidupan mereka.

“Kami bukan dinasti. Tidak penting sama ada anda berketurunan kerabat kerajaan atau tidak,” katanya.

“Apa yang penting adalah anda harus memperoleh kehidupan melalui meritokrasi dan bukannya menikm4ti status yang ditentukan berdasarkan keduduk4n nenek moyang,” tambahnya lagi.

Reuters

Tengku Faizal, 43, yang juga pernah tinggal di istana dan memutuskan untuk tinggal bersendirian pada tahun 1999 kini dilaporkan pernah mencari rezeki sebagai seorang tukang cuci di sebuah kondominium di Singapura sebelum memutuskan untuk menjadi pemandu teksi.

Kerana kehidupan yang serba kekurangan, Tengku Faizal turut menyatakan bahawa isterinya juga perlu bekerja di restoran makanan segera McDonald’s untuk membantu menampung perbelanjaan seharian mereka.

“Kami tidak pintar, kami tidak kaya. Kami hanya mempunyai gelaran,” luah Tengku Faizal.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.erabaru.com.my/2020/11/04/jalani-kehidupan-seperti-orang-biasa-keturunan-sultan-singapura-abad-ke-19-kongsi-hakikat-hidup-sebagai-kerabat-diraja-singapura-pada-waktu-kini/