Semalam, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 mereka mulai Januari tahun depan.
Namun begitu, segelintir netizen telah men1ngg4lkan komen tidak bersetuju dengan had pengeluaran yang telah dibenarkan oleh kerajaan iaitu RM500 setiap bulan untuk jangka masa setahun. Tambahan, pengeluaran tersebut hanya dibenarkan untuk mereka yang terjejas dengan situasi semasa.
Bagi semua orang merasa
Menurut netizen, pengeluaran Akaun 1 KWSP perlu dilakukan sama seperti I-Lestari. Semua masyarakat berpeluang untuk merasa duit mereka sendiri. Tambahan, wang simpanan di Akaun 1 lebih banyak daripada Akaun 2. Di samping itu, netizen turut meluahkan perasaan kecewa kerana mereka yang bekerja tidak semestinya dikira mampu dan tidak terjejas dengan situasi semasa.
Bersyukur bagi yang sangat memerlukan
Namun begitu, terdapat juga perbalahan pendapat dalam kalangan netizen. Segelintir netizen meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kebenaran untuk mengeluarkan Akaun 1 selepas ini walaupun, jumlah pengeluaran tidak seperti yang diharapkan iaitu RM10 ribu. Tambah netizen, RM500 mampu membeli barangan keperluan terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil.
Sumber: OhBulan!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MediaViral