Semua Sekolah Ditutup Sehingga 18 Disember

Berikutan lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Disember depan, Kementerian Pendidikan menutup sekolah bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.

Dalam sidang media khas sebentar tadi, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala Kumpulan B pada 18 Disember.

Katanya, langkah itu diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian c0v1d-19 di negara ini.

Ujarnya lagi, bagi penggal persekolahan bagi tahun 2021, semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi penggal persekolahan secara bersemuka pada 20 Januari 2021

Bagi murid sekolah menengah Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada 20 Januari 2021.

Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan pembelajaran tetapi secara ‘home based learning’ mengikut kessuaian guru dan murid.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gulapop