JIKA korang merupakan peminat jam G-Shock, pastinya korang cukup ingat pada awal tahun lalu telah tularnya model GA-2100 warna solid black.
Semuanya kerana jam itu dipakai oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) sekali gus membuatkan model tersebut menjadi rebutan ramai.
Disebabkan itu, sehingga kini model tersebut telah digelar G-Shock TMJ dan menjadi buruan peminat.
Terbaharu, sebuah lagi model G-Shock telah tular apabila ia dipakai oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul ketika Pembentangan Belanjawan 2021 yang berlangsung di Dewan Rakyat Jumaat lalu.
Model jam yang dipakai Tengku Zafrul ketika itu adalah model G-Shock GA-900-2A berwarna biru bersesuaian dengan warna baju Melayu berwarna seakan serupa.
Berdasarkan tinjauan SinarPlus, model ini sudah mulai ditawarkan dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran sehingga ada yang sudah mencecah RM1,200 seperti apa yang dikongsikan oleh Hisyamudin Abd Samad di Facebook miliknya baru-baru ini.
Jam model tersebut juga kini telah digelar Jam Belanjawan 2021 yan pada asalnya jam tersebut dikenali sebagai ‘Mat Moto Analog’ yang hanya berharga sekitar RM450-RM500 sahaja.
Jika ia mampu mencecah ribuan ringgit seperti apa yang didakwa, nampaknya model tersebut bakal menjadi rebutan peminat G-Shock seperti mana model GA-2100 TMJ.
Buat peminat G-Shock, model ini pastinya antara yang perlu berada dalam koleksi sebelum harganya melambung lebih tinggi.
Tengku Zafrul merupakan seorang yang aktif bersukan dan tidak mustahil jenama seperti G-Shock ini kerap disarung oleh beliau.
Sebelum ini juga beliau pernah mendapat perhatian apabila memakai jam yang dikenali sebagai G-Shock Paksu rekaan evergreen berwarna hitam dan silver.
Buat korang yang mencari jam serupa yang dipakai Tengku Zafrul, sempat lagi untuk membelinya pada harga pasaran sebelum dikebas habis oleh reseller dan harga melambung tinggi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar