Berakhirnya Riwayat Ustaz Hamadi…Ini kisah Azhan Rani yang mungkin tidak diketahui!

RIWAYAT hidup Ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani dalam drama Nur 2 sudah pun berakhir dan melabuhkan tirainya pada Khamis lalu.

Walaupun ramai penonton yang masih geram dan menyampah dengan karakter penunggang agama itu, namun ramai juga peminat yang bakal merindui gelagat Ustaz Hamadi.

Jangan tak tahu, gara-gara watak itu jugalah Azhan menerima pelbagai kecaman daripada penonton sehinggakan ada yang membuat ugutan bunuh kerana terkesan dengan lakonannya itu.

Haaa… Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi mengenai Azhan Rani!

1. Nama sebenar Azhan Abdul Rani dilahirkan pada 24 Januari 1976 dan berasal dari Tanjung Karang, Selangor.

2. Azhan masih lagi bujang dan belum berkahwin, malah mengakui tidak berasa tertekan untuk mendirikan rumah tangga.

3. Azhan memulakan karier sebagai pelakon menerusi drama radio pada tahun 2004 dan seterusnya mengembangkan bakat menerusi lakonan drama dan filem.

4. Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan. Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan iaitu KL Zombi.

5. Dia pernah membawa watak sebagai Allahyarham seniman AR Tompel dalam siri telefilem Saloma yang ditayangkan di Astro First pada Ogos 2014.

6. Azhan pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik semasa Anugerah Tribute P.Ramlee pada tahun 2015 dan Antagonis Pilihan Drama Festival Kuala Lumpur 2019.

7. Menerusi satu temubual radio, pengarah Nur 2 iaitu Shahrulezad Mohameddin mendedahkan Azhan meminta agar dia mematikan watak Ustaz Hamadi dalam naskah tersebut.

8. Babak semasa Ustaz Hamadi memakai boxer merah bercorak pisang sambil menyanyikan lagu viral Si Nopal telah menjadi trending dan tular di laman sosial.

9. Ketika isu membabitkan rupa dan bakat, Azhan turut menyuarakan pandangan meminta pelakon yang berasakan kekurangan pakej supaya tidak berputus asa, sebaliknya berusaha menonjolkan kebolehan yang ada.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via Sweetnutella