Pasangan yang masih hangat bagai pengantin baru, Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini dilihat semakin berbunga-bunga jalani hidup bersama.
Mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu, nampaknya pasangan ini dilihat semakin ‘manis bak gula’.
Apa tidaknya, Fasha ada menitip dedikasi buat suami tercinta di Instagram, baru-baru ini.
“Suami tercinta, pencuri hatiku, Lelaki terhebat, pria paling ganteng, sayangkan keluarga, sayang pada anak2 ku dengan ikhlas
“Tak cerewet walaupun kadang2 i sempat masak simple2 ja, menerima kebaikan dan kekuranganku, rajin bangun seawal pagi, rajin bekerja,”tulis Fasha.
Selain itu, Fasha juga sering berkongsi video resipi masakannya.
Kata orang, nak jaga mood suami, pikat perutnya dahulu. Tak gitu?
Terbaru bintang jelita itu ada memuat naik video menerusi akaun Instagram miliknya dalam satu entri terbaru.
Video yang dirakam itu jelas menampakkan sisi bahagia pengantin baru ini.
Kongsi pelakon yang berusia 35 tahun itu, anak perempuannya Jemyma sanggup temankan Aidil yang pulang lewat bekerja untuk solat tanpa dipaksa.
Sebak tengok video curi ni, ni kisah beberapa hari lalu, ayah balik kerja lewat malam. ibu paling happy bila anak excited dan dengan sendirinya nak ikut temankan ayah solat, tak perlu suruh dan tak perlu paksa. Video kenangan ❤️ #iburayfalraysha
Dalam pada itu, perkongsian pelakon Patah Sayang Bertongkat Paruh itu mendapat pujian daripada peminat.
Semuanya gara-gara selepas mereka melihat keharmonian pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak tersayang.
Alhamdulillah..dapat ayah bertanggungjawab
Terserlah kebahagiaan dlm hidup baru Fasha
Untung dapat suami macam ni
Fasha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jejai atau nama lengkapnya, Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum berpisah empat tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Alahai, semakin mesra dan romatis pasangan penganti baru ini. Makin bertambah manis!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Foto/Video : IG Fasha via MediaOhsem