“Kadang-Kadang Jual Baju, Niaga Nasi Lemak, Ambil Tender Kanopi Orang Kahwin & Bancuh Sirap” – Adibah Noor

Penyanyi Adibah Noor menjelaskan dirinya masih aktif dalam lapangan seni.

Jelas pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, dia masih menyanyi dan sering diundang untuk mengacarakan program korporat dan seminar.

“Saya masih menyanyi, mengacara untuk acara-acara korporat, seminat dan konvensyen,” tegasnya.

Namun, apa yang lebih menarik apabila Adibah secara berseloroh turut melakukan beberapa aktiviti lain selain menyanyi dan mengacara.

“Kadang-kadang jual baju, niaga nasi lemak, ambil tender kanopi orang kahwin dan bancuh sirap,” tulisnya menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.

Adibah menjawab pertanyaan salah seorang pengguna di laman sosial terbabit yang ingin mendapatkan kepastian aktivitinya terkini.

Jenaka Adibah itu menghiburkan peminat setianya malah ada yang mencadangkan Juara Lagu Anugerah Juara Lagu ke-21 itu membuka kelas tuisyen bahasa Inggeris kepada yang individu yang memerlukan. Why not? Astro gempak

ADIBAH NOOR jual baju AJL 21

SUDAH dijual! Dress merah yang dipakai sewaktu menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 21, sudah jadi milik orang lain.

Penyanyi Adibah Noor memberitahu, “Selepas kemenangan malam itu, setahun kemudian pada satu karnival di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, saya jual baju.

“ Ketika itu, tengah berjinak jinak dengan bisnes jual baju terpakai. Dan saya jual baju sendiri. Tak salah saya, baju tu saya jual dengan harga lebih kurang RM200 saja walaupun harga asalnya lebih RM1000 dan direka oleh designer terkenal Calvin Thoo.

“Saya bukan saja jual baju itu, malah banyak baju yang lain untuk yang berbadan saiz macam saya.”

Inilah baju sewaktu kemenangan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 21. Sebelahnya ialah Azlan Abu Hassan, pencipta lagu Terlalu Istimewa,

Dan Ahad lalu, ketika bertemu dengannya, Adibah Noor di tingkat bawah gedung membeli belah Melawati Mall.

”Sewa tapak hanya selama tiga hari saja di sini dalam lebih RM600. Saya bukan sahaja jual baju terpakai tetapi juga baju baru. Dan, baju terpakai saya ini yang pernah dilaram pada show di sana sini.

“Alhamdulillah, ada yang membeli. Pakaian-pakaian terpakai saya ini, paling mahal pun dalam RM300.

Bersama peminat

“Dan baju baru dijual pula dengan harga serendah RM100 sahaja. Yang baru ini, saya minta tukang jahit buat ikut saiz baju saya yang dibeli di luar negara.

“Insya Allah lepas-lepas ini, saya nak buat saiz dari S sampai XXL dan besar lagi kerana dah ada permintaan terhadap jenama Adibah Noor,” ceritanya ketika ditemui.

Tidak dinafikan harga jualannya terlalu murah sedangkan fabrik, corak dan rekaannya layak dijual lebih daripada harga yang ditetapkan.

Katanya, dia dan pihak pengurusannya setuju jenama pakaian Adibah Noor biar harga mesra pelanggan.

Malam itu, ahli perniagaan terkenal, Datin Yurni antara yang bertandang memberi sokongan kepadanya ketika terlihat Adibah Noor di situ.

Kata Datin, “ Saya suka corak, kain dan style baju jenama Adibah Noor yang dah terpakai ini. Boleh dipakai untuk majlis makan malam dan lain-lain. Kalau saiz besar saya boleh minta tukang jahit kecilkan ikut bentuk badan. Harga yang dijual Adibah memang murah.”

Seronok melayan pelanggan…antaranya Datin Yurni yang membeli lebih sehelai baju terpakai Adibah Noor

Adibah Noor menafikan minat terhadap menyanyi sudah pudar kerana berniaga pakaian.

“Saya buat ni suka-suka saja. Saya masih menyanyi dan buat hosting di merata majlis makan malam, Insya Allah, mahu terus menyanyi, rakam lagu baru juga, ” kata pengacara Bintang RTM 2018 ini.

“Kalau ada rezeki hujung Mac ini akan turun berniaga di Singapura atau kembali ke Melawati Mall, “ katanya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : urtv via nemorikini