Suara Dipuji Dalam Vokal Mania, Fatin Afeefa Janji Akan Usaha Lebih Untuk Persembahan Seterusnya

Pada 14 November 2020, penyanyi Fatin Afeefa telah membuat persembahan untuk rancangan Vokal Mania di TV3.

Lagu dinyanyikan adalah Aku Punya Hati nyanyian asal penyanyi dari seberang, Mytha.

Selain itu, Fatin juga ada membuat persembahan duet bersama Tomok dengan lagu Satu Hati Sampai m4ti.

Dengan suara yang dikatakan mempunyai tone yang bagus, Fatin telah menarik perhatian penonton yang kagum dengan suara yang dimilikinya.

Di Instagram penyanyi yang juga merupakan pelakon itu pula ada dikongsikan satu hantaran berkaitan rancangan yang disertainya tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa)

Perkongsian itu turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti yang memuji dan menyokong Fatin.

Semoga persembahan Fatin Afeefa dalam Vokal Mania semakin menunjukkan peningkatan yang baik.

Sumber: Instagram Fatin Afeefa

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.hotfm.com.my