Baju Basahan Je Pun, Tapi Chef Wan Tetap Pakaikan Ibunya Rekaan Designer! Memang ‘Class’ Cik Ani

Lazimnya jika ingin menghadiri majlis atau acara tertentu, barulah seseorang itu memilih untuk menempah pakaian khas yang mendapat sentuhan pereka fesyen.

Begitupun berbeza pula dengan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan yang turut menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal biarpun hanya untuk kegunaan baju harian.

Bukan untuk dirinya, sebaliknya tempahan khas pakaian harian itu dibuat untuk ibu tercintanya, Noraini Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani.

Menerusi satu entri di Instagram, Chef Wan berkongsi mengenai baju Kedah yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo.

“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.

“Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Menurut Chef Wan, baju basahan itu nanti akan dipadankan dengan 15 kain batik yang baharu dibelinya.

“Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.

“Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah,” ceritanya yang memberitahu ibunya itu kemudian sudah mencuba pakaian tersebut senyap-senyap ketika dirinya tidur.

Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya.

“Bertuah Mak Ani, Calvin Thoo jahitkan baju kedah. Moga Allah merahm4ti anak yang menyantun baik ibunya.

“Class Cik Ani, baju harian designer yang jahit. Patutlah Datuk murah rezeki.

“Sejuk perut Mak Ani mengandungkan Chef Wan.

“Ya Allah bertuahnya Cik Ani dapat anak yang baju Kedah pakai di rumah pun dijahit Calvin Thoo tau. Kita ni beli baju Kedah siap kat pasar malam je. Awak memang terbaik Chef Wan,” komen sebahagian pengikutnya.

Sebelum ini, Chef Wan sering berkongsi perjalanan kisah dirinya bersama ibu yang kini disahkan menghidap k4ns3r p4yud4ra pada usia 89 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak