Isteri terkjut dengan tindakan suami bila lud4h kepadanya dia kedai makan, rupanya ini juga punca SUAMl dia bercer4i dgn istri lama

Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.

 

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Bismillah asalamualaikum. Terima kasih jika cerita ni dapat disiarkan untuk bacaan umum kerana aku sendiri tidak tahu kemana lagi untuk aku luahkan segala yang tersimpan di hati ini.

Maaf jika panjang kerana aku tidak mahir untuk memendekkan cerita.

Aku mulakan dengan namaku Yasmin (bukan nama sebenar).

Berusia 28 tahun dan seorang isteri dengan usia perkahwinan hampir 2 tahun.

Ceritaku ini adalah mengisahkan peritnya mempunyai suami yang panas baran. Ya, panas baran yang teramat.

Suamiku seorang duda beranak dua. Kedua anaknya masih bersekolah rendah.

Beliau berusia 37 tahun pada tahun ini. Diawal perkenalan aku tidak tahu sikap panas bar4n nya, namun segalanya berubah apabila aku sudah sah bergelar sebagai isterinya.

Sikap panas bar4nnya terserlah ketika aku menemaninya ke sebuah kopitiam untuk bersarapan.

Kebetulan pelayan kopitiam tersebut seorang warga Bangladesh yang pada pendapat aku mungkin dia kurang faham bahasa melayu kita.

Order yang dipesan suamiku tersalah catat pelayan tersebut dan sejurus makanan sampai, suamiku terus menengking pelayan tersebut.

Hanya Allah saja yang tahu betapa malunya aku pada saat itu. Itu baru permulaan, pernah juga beliau menengking dan mencarut kepada staff nya di handphone akibat perubahan tempat bermesyuarat.

Disebabkan itu sahaja, semua perkataan tak elok keluar. Kecik hati budak tu, berkali kali aku minta maaf padanya bagi pihak suamiku.

Kalau dirumah, beliau seorang pemalas. Semua benda dari A to Z aku yang harus laksanakan dan beliau hanya ingin beristirehat seperti seorang raja.

Pernah aku mempelawa nya untuk menolongku menjemur kain aku ditengking bagai singa tengah kelaparan.

Sejak dari haritu, aku tidak lagi mempelawa nya. Walaupun rumah dah siap dikemas, makanan sudah dimasak, suamiku memang tidak suka melihat aku duduk berehat.

Pasti ada saja yang akan dia suruh ku buat sambil membebel panjang. Pernah juga aku sorok sorok duduk didalam toilet kerana aku terlalu penat dan kaki ku sudah ‘cramp’.

Aku jarang sekali dapat pegang handphone ketika dirumah kerana dia akan m4rah dan cakap akan menghancurkan handphone ini.

Nak call parents dikampung pun dia tak suka, tak tahu apa masalah pada dia.

Aku juga pernah dikasari dan ditvmbuk. Hanya kerana aku ingin pulang dengan segera untuk menyiapkan kertas kerjaku.

Berkali kali aku ditvmbuk didalam kereta seolah olah beliau betul betul mahu ku pergi menghadap illahi pada malam itu.

Kesan birunya sangat jelas kelihatan pada keesokan paginya tapi sudah pasti beliau akan buat tidak nampak.

Mau minta maaf? Jauh sekali. Kerana apa? Kerana aku isteri dan dia suami, dan dia layak selayaknya melakukan apa saja padaku.

Anak anak suamiku tinggal bersama bekas isterinya dan akan pulang kerumah kami pada waktu yang ditetapkan.

Pada awalnya anak anaknya ok dengan ku tapi makin lama, makin kurang ajar.

Walaupun aku ibu tirinya, tak bermaksud mereka boleh berkurang ajar padaku.

Apakah salah jika aku suruh mereka mencuci muka dan memberus gigi jika belum mahu mandi sebelum bersarapan?

Apakah salah jika aku menyuruh mereka untuk tidak menyepahkan ruang dan tidak membu4ng sampah merata didalam rumah?

Masing masing berumur 11-12 tahun sudah pasti boleh memahami dengan baik.

Namun gagal dilaksana kerana apa? Kerana aku ada dan aku boleh kemaskan dan cvcikan.

Sedangkan benda yang baik yang ditegur pun gagal dibuat, apatah lagi nak horm4ti aku sebagai orang yang lebih tua. Kata suami ku,

“Biarlah….. nanti mereka akan faham dan buat”. TAPI SAMPAI BILA? umur sudah belasan bukan kanak kanak tadika lagi.

Apa saja yang aku ajukan padanya, mesti akan ku dimarahi semula. Kerana apa? Kerana beliau lebih lama hidup dariku dan lebih banyak pengalaman.

Bab nafkah juga suamiku seorang yang sangat bakhil.

Segala perbelanjaan, aku sendiri yang tanggung kerana katanya ‘aku sudah berkerja dan ada gaji dan lebih mampu darinya…’

Sudahlah nafkah tak dapat, belanja rumah, bill bill aku juga yang tanggung.

Pernah juga aku meminta RM200 sebulan at least lepas bahagian bill elektrik dan jawapannya disudahi dengan amukkan dan makian.

Dia hanya keluar duit RM400 sebulan untuk anak anaknya. Aku? Nak makeup ke, nak baju baru ke, sendiri beli ye.

Bukan dirinya tak mampu, tapi dia lebih utamakan untuk dirinya sahaja. Setiap minggu ada sahaja baju atau kasut baru dibeli nya.

Suamiku dijatuhi bankcruptcy bertahun lamanya. Kereta yang digunanya kini adalah milik bekas isterinya namun beliau menggunakan tanpa rasa bersalah.

Banyak kali diminta untuk ditukar nama, mana mahunya dia. Kerana apa? Kerana dia akan buat sesuka hati dia nak menyusahkan kehidupan orang lain.

Sungguh aku merasa kesian pada bekas isterinya kerana sehingga kini namanya masih berhutang dengan bank.

Aku juga hampir terkena akan tetapi aku gagalkan hasratnya kerana tidak mahu nama ku juga termasuk dalam senarai CTOS.

Aku juga seringkali dimalvk4n di khalayak ramai oleh suamiku.

Aku pernah diludahnya ketika di kedai mamak kerana tidak mahu makan kerana aku sudah terlalu kenyang kerana makan di jamuan di office.

Semua mata melihat ke arah kami, mamak mamak kat situ pun tengok aku. Mereka mau tolong aku, tapi takut.

Aku hanya mampu diam dan menunduk layu. Dihati berdoa agar tiada sesiapa yang merecord kejadian tadi. Risau takvt tersebar malu la aku.

Pernah juga aku ditengking ketika makan di Seoul Garden.

Hanya kerana aku bertanya tidak apa ke kita amik banyak banyak kerana ada tertulis akan dikenakan denda jika ada makanan lebihan.

Suamiku jenis tidak takut dan tiada perasaan malu mungkin.

Di pasar malam dia marah akak tu kerana bubuh lauk sikit, di restoran pula jika harga naik dia mar4ah terus pada pelayan.

Bukan kah pelayan itu hanyalah pelayan dan tiada kena mengena dengan kenaikan harga?

Makan nak have have selari dengan penampilan tapi mengamvk dekat cashier. Aku malu, sungguh aku malu.

Dia pernah suruh tukang tukang kemas rumah kami suatu ketika dahulu.

Hanya kerana pembantu tersebut meletakkan harga RM70 sehari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang. Tetapi dibayarnya RM50.

Pembantu tersebut ada hak untuk complain, dan of course dia complaint kerana dia kemas non stop.

Dan pada esoknya, dia ke rumah pembantu tersebut dan mencampak basikal milik pembantu tersebut kedalam parit.

Sungguh aku kesian padanya, lalu aku datang semula pada hari seterusnya. Aku gantikan basikal yang baru dan sedikit wang tambahan.

Aku malu dan aku sed1h mempunyai suami seperti itu. Kalau boleh semua orang dalam dunia ni dia akan mar4h.

Dan pada ketika saat ini, baru aku sedar yang suamiku betul betul seorang panas baran yang tiada ubatnya.

Dengan adik beradik sendiri pun brbalah macam dah tak ada hari esok. Dan punca beliau berpisah dengan isteri terdahulu juga adalah kerana sikap barannya.

Banyak kali beliau bercerita bagaimana dia memarahi isterinya setiap kali berlaku kesilapan. Dan bagiku, kesilapan bekas isterinya adalah sekecil kuman.

Kini, perasaan ku terhadapnya semakin hilang dek kerana terlalu banyak makan hati atas perlakuannya.

Suamiku juga seorang yang tidak solat dan jarang perpuasa.

Apabila aku menegur, disalahkan aku kerana asik buat per4ngai menjadikan beliau tidak mahu solat.

Logik ke alasan tu? Solat dan puasa tu suruhan agama dan semua nya bergantung dengan diri sendiri bukan orang lain.

Buat per4ngai pula apabila aku seringkali men4ngis kerana terlalu berkecil hati.

Pernah juga aku cuba untuk slow talk dan menegur dengan lembut agar dia dapat kurangkan am4rah dan bar4n akan tetapi sekali lagi aku akan dipersalahkan dan ditngking bagai tiada hari esok.

Sudahnya, aku dimalvk4n dihadapan kawan kawan nya kerana beliau suka mengadu dan memutar belit cerita pada orang lain.

Dia lebih suka orang membenci ku dan memberi pandangan burvk padaku. Kerana apa?

Kerana dia sentiasa betul dan aku sentiasa salah dalam segala perkara.

Walaupun selingkuh dengan mak janda beberapa kali k4ntoi, tetap sahaja beliau betul dan aku tiada hak untuk m4rah.

Langsung tiada hak, hak bersuara apatah lagi m4rah.

Sekarang aku sendiri tidak pasti apa yang akan aku lalui di hari yang mendatang.

Sama ada aku masih kuat bertahan ataupun aku berhenti sekerat jalan dan menjalani hidupku sendiri.

Banyak lagi yang hendak aku ceritakan tapi risau confession ini jadi terlalu panjang dan pembaca akan kurang minat untuk membaca.

Aku akhiri confession kali ini dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca.

Mohon berilah pandangan yang sewajarnya agar aku tidak lemas dalam air mata.

Doakan aku sentiasa kuat dan dimurahi rezeki agar dapat ku bahagiakan mak ayah dikampung.

Yang benar…

Reaksi warganet

Irma Hazwanis – Yasmin, kite dalam situasi yang sama. Saya dulu pun tak tau suami baran, masuk tahun kedua perkahwinan baru nampak segala per4ngai sebenar dia terutamanya baran.

Awak kalau dikas4ri terus buat report p0lis. Segala resit awak bayar semua simpan sebagai bahan bukti. Nanti boleh tuntut fasakh.

Please keluar dari perkahwinan t0ksik ni. Saya dah ade anak, sekarang suami bawa lari anak sebab nak s4kitkan hati saya.

Amizah Wahid – Dah lalui semua tu dulu. Bersyukur sangat kerana dapat keluar dari kehidupan yang tiada indahnya.

Alhamdulillah sinar bahagia menerangi hidup saya sekarang. Tak perlu t4kut untuk hidup sebagai janda, doa mohon Allah permudahkan urusan.

Yaya Anam – Rasanya cukuplah tu dik. Sabar pun ada hadnya. Tak nampak kat mana alasannya untuk adik teruskan perkahwinan ini.

Sementara belum ada anak. Bertambah tak baik jika ada anak nanti. Anak membesar dlm situasi bgini mmg tak bagus..

Sayangi diri sendiri dulu dik. Kamu berhak untuk bahagia. Tak berd0sa dik jadi JANDA. Jangan tipv diri sendiri.

Sbelum keadaan menjdi lebih teruk lgi. Nekadkn hati. Jangan toleh lagi kebelakang. Lebih baik berbakti pada ibu ayah yang masih ada dik…

Puan Zuera – Sering di malvkan di khalayak ramai, sampai tahap dilvdah pun masih nak bersama.

Tak terasa ke mental dan emosi puan dikac4u oleh suami sendiri. Tak boleh tengok puan berehat kat rumah, suami jenis apa tu.

Kita nikah ni nak enjoy, nak berkasih sayang, kongsi masalah dan nak bahagia. Bukan nak mendrita..

Nafkah pun tak dibagi, baik la bujang, dah tentu tentu tak ada yang nak bagi nafkah ke kita kan. Keluar je la dari rumah tu.

Buat report dulu. Kalau ada rakaman yang dia buat mcm mcm kt puan lagi bagus. Tak guna bertahan kalau puan menderita.

Semoga kuat untuk bangkit dan semoga dipermudahkan urusan.

Siti Fatimah – Saya nasihatkan puan supaya keluar dari perkahwinan ini. Daripada cerita ini, nampaknya suami puan hanya memberi kemudharatan kepada puan.

Dah la nafkah tak bagi, kasari isteri pastu malvkan isteri pula tu. Apa gunanya simpan suami begini. Puan masih muda ada banyak peluang untuk capai kebahagiaan.

Jangan korb4nkan diri dan masa muda puan dengan hidup bersama suami yang tak layak pun bergelar suami.

Huzainun Abu – Tandanya puan masih sayang kat suami tu.

Jika tidak mesti dah pergi report p0lis esoknya.

Lepas kena mcm mcm bagai nak hilang ny4wa dalam kereta tu kan. Masih bertahan hampir 2 tahun.

Mybe mental tak kuat lagi nak keluar dari perkahwinan ni dan masih menaruh harapan pada si suami untuk berubah.

Hati manusia nie kan dipegang oleh Allah. Dia berkuasa boleh dibolak balik hati si suami tu.

Doalah padaNYA.

Amalan simple tapi berkesan, rajin rajin la sedekah bacaan fatihah kat suami dan diri sendiri.

Satu hari nantui dia berubah dah mula solat baru lah ada anak dengan dia.

Bimbang juga dengor tangisan anak kang dibaling pulok anak tu ke dinding.

Itu jika nak bertahan lagi lah. Kalau dah tak mampu bertahan, cari lah peguam syariah untuk mintak nasihat. Sumber – Yasmin (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di komen. Terima kasih sekali lagi kerana membaca..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mediabawang