Dah Bergelar Tunangan Orang, Kecantikan Anak Perempuan DATO’ RAMLI MS Jadi Buat Mulut

Sebut sahaja nama Dato’ Ramli MS pasti ramai sudah terbayang wajah seriusnya tatkala menjadi juri dalam sesebuah program hiburan. Berturut-turut menjadi juri tetap bagi program Gegarvaganza, Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram juga pernah menjadi Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-2 dan Ke-6 selain dikagumi sebagai pemuzik terkemuka tanah air.

Mendirikan rumah tangga bersama penyanyi berbakat Datin Alyah pada Mac 2013, umum mengetahui Dato’ Ramli merupakan penggiat seni yang cukup jarang berkongsi sisi peribadi. Beliau bukan hanya bersikap profesional terhadap kerjaya tetapi juga soal keluarga dan anak-anak.

Pun begitu, sebagai seorang public figure… beliau tidak terlepas daripada tumpuan khalayak. Lebih-lebih lagi mengenai dua orang cahaya matanya yang kini semakin meningkat dewasa. Difahamkan menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai Kak Jenn, Dato’ Ramli dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Najee Ramli dan Nadiah Ramli.

Kredit Instagram @dato’ ramli ms

Apa yang pasti, wajah cantik anak perempuan beliau sering mendapat perhatian peminat seni. Mana tidaknya, daripada rupa paras Nadiah jelas terserlah dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Jennifer Thompson merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air di samping memiliki pengalaman dalam bidang tersebut selama 30 tahun.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik.

Nadiah bersama ibunya

Meninjau Instagram Nadiah, gadis ini sudah pun melangsungkan pertunangan dengan seorang jurugambar dikenali sebagai Taufiq Nadzri pada Februari lalu. Berita gembira itu dihidu media apabila masing-masing berkongsi gambar berdua di media sosial sambil meletakkan kapsyen simbol cincin.

Moga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke jenjang pelamin. Tak sabar tunggu majlis perkahwinan Nadiah nanti!

Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : Nona.my

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: