Sekian Lama Berdiam Diri, Neelofa Tampil Isu Noor Nabila.

Siapa yang tidak kenal, Pengacara popular, Neelofa Mohd Noor, 30, yang kini sedang sibuk membuat persiapan akhir program Anugerah Melet0p bulan April nanti. Sebelum ini, Kakak beliau, Noor Nabila dikatakan tidak sebumbung dengan Sharnaaz Ahmad. Netizen ada mengemukakan pendapat bahawa, Neelofa antara punca kenapa abang iparnya keluar dari rumah mereka.

Neelofa tampil, mendakwa tuduuhan dirinya menjadi punca kemelut rumah tangga kakaknya sebagai tidak masuk akal.

“Saya sayang kakak saya, sayang anak saudara saya. Semua tuduuhan itu tidak masuk akal,” katanya ketika ditemui pada sebuah acara, di sini hari ini.

Neelofa berkata demikian ketika mengulas komen netizen yang menyalahkannya sebagai punca pergolakan hubungan antara Noor Nabila, 35, dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 33. Bagi beliau, tidak perlu dilayan komen2 mengarut dari netizen. Itu hanya andaian.

Saling berbalas hint di laman sosial

Pasangan yang dikurniakan seorang cahaya mata berusia lapan bulan, Jebat Jayden, itu dikatakan berantakan apabila aktor terbabit beberapa kali berkongsi status di laman sosial, seakan-akan membayangkan situasi dilaluinya sekarang.

Pelakon dan usahawan terkenal itu terheret sama dalam g0ssip netizen terbabit gara-gara meninggalkan komen ringkas di status Instagram kakaknya, yang dilihat seperti membalas kenyataan Sharnaaz.

Tolong beri sokongan

Begitupun, Neelofa pada masa sama berharap semua pihak turut mendoakan kesejahteraan pasangan berkenaan.

“(Saya) Harap orang ramai, rakan dan keluarga boleh menjadi penyokong terbaik buat mereka. Orang luar tak tahu apa yang mereka lalui,” katanya lagi.

Nabila dan bintang filem Juvana serta Darah Pannas itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Adat rumah tangga memang ada pasang surutnya. Biar masa menentukan. Apa2 pun kita doakan yg terbaik demi Nabila & Sharnaaz. Amin.

Ini Pula Punca Nabil, Neelofa Tarik Diri Dari Pencalonan AME 2019

Hos sensasi program MeleTop iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad mengumumkan penarikan diri mereka daripada bertanding dalam Anugerah MeleTop Era 2019 (AME 2019).

Selepas undian fasa pertama ditutup, Nabil berjaya lolos ke senarai Top 5 bagi kategori Hos MeleTop, manakala Neelofa pula dicalonkan dalam dua kategori iaitu Fesyen MeleTop dan Hos MeleTop.

Pun begitu, kedua-duanya masih kekal sebagai hos utama penganjuran AME 2019 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April ini jam 9 malam.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada rakan-rakan lain yang turut bertanding dan memeriahkan acara ini.

“Sekali gus, diharap dengan pengunduran ini, tidak lagi timbul isu syok sendiri tatkala nama kami diumum selaku pemenang bagi kategori yang dicalonkan,” ujar Neelofa.

Sementara itu, Nabil tak menafikan kekecewaan bakal dirasai oleh penyokong terutama yang telah bersusah payah mengundi mereka, namun dia yakin peminat memahami pendiriannya.

“Kami percaya, mereka mahukan yang terbaik buat kami dan akan terus memberikan sokongan yang berterusan,” jelasnya.

Mereka berkata demikian dalam satu sidang akhbar sempena pengumuman calon Top 5 AME 2019 yang diadakan di ibu kota hari ini. – MHE TV

Pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Meletop (AME 2019).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad.

“Mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada artis lain untuk bertanding.

“Jadi, kami menghormati keputusan yang dilakukan oleh Nabil dan Neelofa,” jelasnya.

Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih lagi kekal sebagai pengacara pentas AME 2019.

Selain Nabil dan Neelofa, Jihan Muse juga diumumkan sebagai pengacara untuk AME 2019.

Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019, jam 9 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Acara ini juga boleh diekses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada hari yang sama bermula 8.30 malam.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber  :  Harianmetro via Celotehsaje