Ayda Jebat Beli Rumah Untuk Ibu, Impian Sebelum Kahwin Tercapai!

Pada 20 November 2020, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah memuat naiiik satu perkongsian di Instagram.

Menurut hantaran itu, Ayda memaklumkan dirinya mempunyai impian sebelum mendirikan rumah tangga iaitu untuk menghadiahkan sebuah rumah buat mamanya.

Hasrat itu turut disuarakan kepada tunangnya, Nabil Mahir.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah. Allah m4kbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuag rumah. Saya bagitau Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah.”

Ayda bersyukur, akhirnya impian itu telah tertunai.

Dalam pada itu, Ayda turut mendoakan semoga orang lain juga dapat membahagiakan ibu bapa mereka tidak semestinya melalui harta benda.

“Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malahan banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insyaallah.. 🤍🙏”

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti.

Alhamdulillah tahniah!

Untung mama kepada Ayda Jebat kerana mempunyai anak yang mempunyai hasrat besar sebegitu, dan berjaya untuk tunaikannya.

Semoga rezeki Ayda selepas ini juga akan bertambah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Sumber: Instagram Ayda Jebat

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFm via TTK