Susulan kontroversi rumah tangga terdahulu, ramai tertanya-tanya mengenai status Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz. Terdahulu, Bella mendedahkan mereka sudah hampir sebulan tinggal berasingan dan kini dalam tempoh bertenang.
Hampir dua bulan kemelut berlalu, Bella mengakui masih belum menemui jalan penyelesaian. Katanya lagi, dia juga tidak mempunyai jawapan pasti tentang perasannya ketika ini, namun dia akan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya.
“Sejak dahulu saya pernah berkata, kalau berkahwin saya mahu lelaki itu akan jadi suami pertama dan terakhir buat saya. Saya sedar ramai yang ingin tahu tentang status sebenar saya dan Aliff buat masa ini.
“Jadi percer4ian adalah jalan terakhir yang akan saya lakukan. Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana keutamaan saya adalah anak. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.
“Malah dalam keluarga saya sendiri belum ada yang melalui episod percer4ian, jadi saya berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan perkara itu,” katanya kepada Kosmo!
Enggan terlalu memikirkan soal rumah tangganya, Bella menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir. Ujar Bella lagi, meskipun tidak lagi tinggal sebumbung, namun mereka tetap berhubung dan berjumpa demi anak.
Ikut arah aliran hidup
“Buat masa ini, saya malas untuk fikirkan soal itu dan hanya menyerahkan kepada arah aliran hidup. Saya juga sudah beberapa kali buat solat istikharah tetapi apa yang boleh dikatakan, saya tawakal dengan perkara ini.
“Orang di luar boleh bercakap apa sahaja tetapi pokok pangkalnya, dalam hal ini ia terletak di tangan saya untuk menentukan segala-galanya,” katanya
Terdahulu, Bella ditemui pada majlis persembahan amal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Bella Aliff jadi perhatian selepas dia mendedahkan kecurangan suaminya dengan seorang pelakon baharu, Oktavia Manrose menerusi laman Instagram pada Februari lalu.
Itu bukan kali pertama Aliff didedah curang kerana sebelum itu, kes sama berlaku di antaranya dengan adik Anzalna Nasir, Afifah Nasir.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: kosmo