Baju terselak masa menari? Ini Respon Padu Wawa Zainal

Tidak perlu dinafikan lagi bibit romantis antara pelakon serta usahawan kosmetik, Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel yang sering dikongsi di media sosial.

Terbaru, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan sedang melakukan 4ksi tarian tango bersama suaminya dengan penuh kelincahan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“Fuhhhh ingat selama ni menari kacang je sekali kena tango… hambik!! Susah rupanya tapi boleh la kan,” katanya yang mengikuti kelas tarian.

Mungkin terdapat segelintir warganet yang menegur baju dipakai ada terselak sedikit ketika menari, pelakon berusia 29 tahun itu segera memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut Wawa, bahagian yang terdedah itu tidak menampakkan bahagian perutnya kerana telah memakai ‘inner’ yang menjadi rutin harian untuk keselesaan.

‘Inner’ wajib setiap hari

“Tak tak tu bukan nampak perut.. Wawa sejenis yang tak boleh kalau tak pakai inner dalam.. tak selesa.. inner wajib pakai setiap hari,” kongsinya.

Bagaimanapun, video berdurasi 19 saat itu dihujani pelbagai komen lain dimana rata-rata kagum melihat kehebatan tarian pasangan tersebut apatah lagi Wawa yang menggunakan kasut tumit tinggi.

Sumber: Wawa Zainal vie OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!  

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon