Penyanyi Aishah meluahkan rasa berang terhadap seorang netizen yang menghina dan menvduhnya akan menjual hadiah kek pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai.
Aishah menyifatkan komen yang diberikan pemuda itu di laman sosial sebagai hendak menjatuhkan reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’.
Pelantun lagu Janji Manismu itu mended4hkan wajah warga maya tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Haaaa ini dia wajah orang mengh1na gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai.
“Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already, menjatuhkan reputasi dan maruah saya,” katanya.
Aishah juga meminta pendapat adakah patut dia bawa perkara ini ke mahk4mah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan netizen tersebut.
“What say you? Patut ke kita seret ke mahk4mah orang ini sebagai pengajaran?
“Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya.
Aishah telah menerima pelbagai maklum balas mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ada yang memuji nyanyiannya, bahkan ada juga yang menyifatkan nyanyiannya kurang menyerlah.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak