Gambar paling mahal Mila Jirin

Saat melihat anak yang baru dilahirkan, menjadi kenangan manis buat si ibu.

Penyanyi Mila Jirin mengimbau kembali detik dia melahirkan anak lelakinya pada Mei tahun lalu.

Menerusi entri yang dimuat naik usahawan itu di dalam Instagram miliknya, Mila berkongsi gambar paling mahal dalam hidupnya.

“Alhamdulillah…gambar paling mahal…beberapa minit selepas melahirkan mu wahai anakku @arifzikri17. Waktu ni mommy dalam bilik pemb3dahan lagi. Arif jumpa daddy @isz_mustapha buat pertama kali. Daddy cakap waktu ni daddy rasa bersyukur sangat Arif selamat, mommy selamat.

“Daddy punyalah teruja sampaikam pertama kali jumpa Arif, daddy tanya jururawat yang bawa Arif tu, tangan cukup? Kaki cukup? Daddy pun tak tau kenapa tanya macam tu…gembira sangat la tu.

“Waktu daddy iqamat pada telinga Arif, perasaan sebak menghampiri…bersyukur sudah punya seorang zuriat. Mommy?

“Mommy masih di bawah kawalan bius, jadi mommy ingat- ingat lupa apa yang jadi. Yang mommy ingat, pertama kali mommy jumpa Arif, mommy cakap Alhamdulillah sambil cium pipi Arif.

“Lepas tu doktor cakap suara Arif high pitch macam mommy. Kemudian, mommy dah tak ingat hehehehe.

“Paling rasa teruja adalah bila Arif baru lahir pun dah pandai tengok kamera…hahaha mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

“Nukilan buat Arif bila dah besar nanti jika Instagram ini masih wujud, baca tau betapa mommy dan daddy kasihkan Arif, sayang Arif,” tulis Mila.

 

 

Mila berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan Mohd Arif Zikri pada 13 Mei 2017. – MHE TV

 

Artikel Berkaitan : Dalam Diam, MILA JIRIN Kini Bergelar Pemilik Majlis Kahwin & Berstatus JUTAWAN!

khabar angin tentang selebriti Mila Jirin sudah bergelar jutawan makin kuat bertiup kencang. Memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelima, kelibat Mila sangat jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Malah sejak mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015, Mila seakan memperlahankan perjalanan seninya.

Rupa-rupanya Mila bukan menyepi begitu saja. Ibu kepada Mohd Arif Zikri ini sebenarnya ligat merencana hala tuju hidup dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan lebih 10 tahun lalu. Menerusi posting yang dikongsikan Mila di laman Instagramnya hari ini, kejayaan yang diraih sekarang bermula dengan angan-angan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa yang belum tidur 🙋‍♀️ Jom layan Video Promo #BizmillaTheRoyalBallroom. Pakej Lengkap Perkahwinan TERBARU Di BIZMILLA The ROYAL BALLROOM RM34,500 untuk SERIBU PAX (2018) by @bizmilla_catering DISCOUNT RM2,000 untuk TEMPAHAN AWAL !! Info Lanjut atau Lawat Dewan direct whatsapp +60126785479 atau hubungi 0350223915 (Office), (Hotline) atau layari www.BIZMILLACATERING.com Details PAKEJ 100% LENGKAP Seperti Dibawah : MENU UTAMA (1,000 Pax) Nasi Arab Bizmilla / Nasi Beriyani Bizmilla / Nasi Minyak Nasi Putih Daging Masak Rempah Bizmilla / Kari Kambing Bizmilla Ayam Masak Merah / Ayam Kurma Sweet And Sour Fish Fillet (Dori Fish) Mix Vegetable Acar Buah Bizmilla Papadom BUAH BUAHAN Limau Sunkist Tembikai MINUMAN Jus Oren Sunquick Drinking Water SUDUT SANTAI (400 PAX) Teh Tarik Bubur Kacang Hijau Seri Muka Karipap MENU MAKAN BERADAP Ayam Golek Siakap ‘Roulet Mix Fruits Kuih Muih SUDUT KEK PENGANTIN 1 Biji Kek Pengantin (3 Tingkat) PELAMIN DAN DEKORASI Pelamin Dewan GRAND Moden x 1 Hiasan Dewan Flower Arch Entrance Flower Stand Red carpert Set Renjis x 1 Set Tapak Bunga Telur × 2 BUSANA DAN ANDAMAN Fresh Hand Flower x 1 Baju SANDING BARU (L & P ) x 1 Make Up x 1 (Sanding) Accessories (L & P ) x 1 KELENGKAPAN MAJLIS Dewan (Sebuah DEWAN BERHAWA DINGIN) 2 x LED SCREEN Meja Pengantin 1 x Meja Mempelai dengan dekorasi bunga (Makan Beradap) 2 x Kerusi Mempelai (Makan Beradap) 6 x Kerusi Ghost Chair Transparent (Makan beradap) Meja VIP 6 x Meja Bulat Dengan Tablecloth Damask 48 x Kerusi Ghost Chair Transparent 48 x set Peralatan Sajian VIP 6 x Set Dome Meja Tetamu 38 x Meja Bulat Dengan Tablecloth Damask 380 x Kerusi Chiavary Transparent Napoleon 13 x Centerpieces Meja Buffet Meja Kek Meja Hadiah Meja Guess Book FREE GIFTS FREE Photoshoot & Videoshoot Majlis Persandingan x 1 FREE PENDRIVE Exclusive Bizmilla (Unlimited Photo) FREE Wedding Album Photobook x 1 LAIN LAIN Kompang x 1 Emcee x 1 PA System, DJ dan Karaoke System x 1 Hotel Room (E-City Hotel) x 1 bilik PELAYAN Pelayan Beruniform x 15 Event Coordinator x 1 Holding Room www.BIZMILLACATERING.com Video by @zul_kiflitahir #PakejLengkapPerkahwinan #BizmillaCatering #Wedding

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

“Dulu saya sering ditanya ‘Meniaga sebab dah TAK ADA SHOW ke?’ Saya hanya mampu tersenyum dengan sapaan pedas itu.

2008, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan pertama produk kecantikan LUVMILA. Waktu tu modal tak banyak dan kami tersadai akibat tak cukup rolling capital to run. Saya pun waktu tu masih hijau malar dalam berniaga dan masih main-main, nasib baik suami saya a.k.a MENTOR saya penyabar orangnya TRAIN saya dengan penuh dedikasi dan percuma.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ala sayang…kenapa kita macam zamang zamang bercinta dulu 😄 @isz_mustapha

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Lepas tutup buku LUVMILA, banyaklah kata-kata nakal cakap ‘business dah tutup dah lingkup’ dan sewaktu dengannya tapi kami tetap nak berniaga dan terus POSITIVE. Disebabkan terlebih aura positive waktu tu, apa saja peluang untuk berniaga saya GRAB.

Dari mengelola acara kecil hinggalah berskala besar sampailah buat talent supply to corporate company semuanya kami terima. Keuntungan tidak diambil kira semata-mata tetapi PENGALAMAN dan dapat kami SURVIVE serta buat simpanan untuk kami BANGKIT dalam dunia perniagaan.

 

Tahun 2010, adalah turning point saya dan suami. Waktu tu saya pergi makan di restoran Embun Urai. Owner terdahulu beritahu nak jual restoran Embun Urai, saya dan suami terus berbincang dan kami ambil keputusan untuk beli restoran tersebut walaupun kami berdua TAK PANDAI MASAK masakan ala Thai! Oh, sebenarnya ada 1 kejadian juga sewaktu nak beli restoran tu. Disebabkan dana tak berapa mencukupi, saya dan suami ke sebuah bank untuk apply business loan dan yang PALING saya ingat hingga hari ini.

Officer bank tu bukan nak cerita mengenai produk / bank facility tetapi CONDEMN saya dengan mengatakan ‘berniaga restoran ini boleh untung ke? Not a good business! ’Waktu tu saya tekad, saya akan buktikan kata-kata dia SALAH dan saya tak perlukan capital injection from that bank!

Saya dan suami minta tempoh lagi dengan owner restoran Embun Urai dan both of us cari pelbagai peluang perniagaan sampingan untuk simpan modal dan the FACT we did part of payment to the previous owner dan alhamdulillah tahun yang sama 2010 akhirnya restoran Embun Urai jadi milik kami. Disebabkan Embun Urai, saya dan suami berada di dalam F&B Business dan ENHANCE into catering business dan tertubuhlah BIZMILLA CATERING.

 

Alhamdulillah kalau dulu angan-angan tapi sekarang kenyataan. Ia bukan MUDAH tetapi TIDAK MUSTAHIL! Moral of the story? Jangan pernah PUTUS ASA, sentiasa fikir POSITIVE dan perlu segera AMBIL TINDAKAN untuk mengubah dan berubah.”

Selain berkongsi tentang pengalaman sebagai usahawan, Mila berkata salah satu rahsia yang dilakukan agar terus kekal bertahan dalam perniagaan adalah disiplin yang tinggi selain banyakkan bersedekah. Jelasnya, setiap hari restoran Embun Urai akan sedekahkan Makan Malam Percuma buat Rumah Tahfiz berdekatan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gengjoyah via Nona