Selepas hampir seminggu menjalani rawatan di h0sp1tal Melaka, penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar memberitahu tahap kesihatannya semakin baik.
Malah Alif memberitahu jika tiada kekangan dia dijangka discaj dari h0sp1tal pada 3 Disember ini.
“Alhamdulilah tahap kesihatan saya berada dalam keadaan baik kerana selepas diperiksa d4rah, paru-paru serta buah pinggang saya, semua berada dalam keadaan memuaskan.
“Malah saya juga tiada simptom seperti dem4m batuk, cuma saya hilang deria bau. Saya sudah tidak dapat menghidu sabun yang saya mandi serta deodorant yang dipakai.
“Tapi saya bersyukur, Allah tidak tarik nikmat rasa dan saya masih boleh menjamu selera seperti biasa.
“Saya akan menjalani ujian swab c0v1d-19 sekali lagi pada 2 Disember ini dan jika keputusannya negatif dan tahap kadar kebolehj4ngk1tan saya kurang, saya dibenarkan discaj dan pulang,” katanya.
Alif dihubungi oleh Astro Gempak yang ketika ini sedang menjalani rawatan dan ku4r4nt1n di h0sp1tal Melaka.
Pelantun lagu Cukup Indah itu disahkan positif c0v1d-19 pada 22 November lalu, manakala isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, bebas dari j4ngk1tan v1rus tersebut.
Berjauhan dan terpisah dengan isteri dan anak-anak bukan perkara yang mudah, Alif memberitahu dia berhadapan dengan dugaan mental.
“Saya kini hadapi dugaan mental kerana diku4r4nt1n di dalam bilik bersendirian dan tidak boleh menjalani kehidupan luar seperti biasa.
“Jadi rutin saya setiap hari, saya akan ke ruang solat yang disediakan dan bersyukur kerana disitu ada tingkap yang boleh dibuka untuk saya hirup udara luar. Selepas solat saya boleh melakukan senaman sambil menikm4ti pemandangan luar.
“Saya juga amat merindui keluarga dan anak-anak. Bimbangkan mereka pun ada kerana saya berjauhan dan tidak dapat bersama mereka.
“Jadi boleh dikatakan setiap sejam atau dua jam saya akan membuat panggilan video. Saya harap mereka sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan baik,” katanya lagi.
Tiada apa yang diharapkan, hanya doa dari keluarga dan peminat yang dipinta supaya segera sembuh seperti sedia kala.
“Saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya dan keluarga saya.
“Saya hanya harap teruslah berdoa bukan sahaja untuk saya tetapi untuk pejuang c0v1d-19 yang lain agar kuat melawan v1rus ini sehingga sembuh,” pintanya.
Selain Alif, ibu bapanya, Hafiza dan Satar Ramli serta adiknya, Jim Satar dan terbaharu datuknya Mohammad Che Noh, 71, juga disahkan positif pada awal minggu ini.
Bagaimanapun, ibu bapa Alif sudah sembuh dan dibenarkan pulang dari menjalani rawatan serta ku4r4nt1n di h0sp1tal Sungai Buloh.
Alif yang menjalani penggambaran drama Penj4ra Cinta sejak minggu lalu baru membuat persembahan di sebuah acara pada Jumaat.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak