Isteri aku dapat cuti panjang lepas kahwin sebabkn boss bagi. Paling aku tak tahan bila time aku nak pergi kerja dia boleh tak bangun lagi dan last skali aku nekad

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum semua. Aku lelaki. Umur tak lebih 30. Dalam hidup mesti ada part yang akan menentukan or membawa korang kepada sesuatu keputusan yang amat sukar.

Sampai satu masa memang korang kena decide something yang memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan korang..

Most important life decision yang ku pernah buat adalah bila aku tukar kerja sebab aku dah kawen..

kenapa dah kawen baru aku tukar kerja? Ha. Mari dengar cerita aku..Aku ada chance untuk bina career path yang bagus. Sangat bagus. Mula2 masuk kerja dah dapat 3k sebulan.

6 bulan aku kerja, boleh naik sampai 15k. boleh kumpul connection, dato’ selebriti, dan banyak orang2 besar la.

Kumpul “cable” la orang kata. Kerja senang. Gaji besar. Makan tanggung, minyak tanggung, tol tanggung, kalau outstation tempat tinggal dia bagi, ada duit poket sikit boss aku bagi.

Boss baik. memang sporting, belanja makan bukan sikit2.. starbuck hari2. subway footlong tu breakfast lunch dinner.

Bapak heaven. Cuma, yang tak best nya adalah MASA. Memang kau takde masa utk family, untuk kawan-kawan, dan untuk diri sendiri. Kerja ni memang makan masa korang..

Maaf cakap, ada sorang abang ni, senior aku la.. tengah2 kerja tu abang ni cakap, “Kerja macam ni memang kena cari isteri yang betul-betul memahami.

Jujur la abang cakap dik, abg nak bersama dengan isteri abang pun tak sempat. k3sian kat dia. Tapi abang cari makan utk sara keluarga.

Apa boleh buat.” haa. Time ni aku tak kawen lagi. So aku dengar jela.. kerja pun bahaya sebab sering di g0da baik godaan dari perempuan mahupun lelaki.

Yes! Lelaki g0da lelaki sebab memang ada antara lelaki kat tempat kerja aku tu g4y. Yang ni ser4m.

Tapi Alhamdulillah, hasil ceramah dan perkongsian masa kelas study circle kat uia dlu, time khutbah jumaat kt uia dlu, aku dapat tahan la dengan g0daan dari perempuan dan lelaki tu.

Tu baru sikit la pasal kerja aku ni. Lebih-lebih cerita kang korang komen mintak contact number pulak.

Ok lah. Then aku decide aku nak kawen.. Aku kawen, sewa rumah dan mula la hidup berdua dengan isteri aku ni.. isteri aku baik.

Cun gile! Sumpah. Sebelum kawen aku ada la bincang dgn isteri aku ok ke kalau aku terus kerja mcm ni.. dia cakap dia rasa dia tak leh kalau aku kerja mcm ni.

So aku ckp kita tgk dlu mcm mana. Boss aku bagi cuti sebulan lepas kawen tu.

Then bila aku start kerja je, masa aku ngn bini aku mmg dah takde. Aku bangun pergi kerja, bini aku tidur lagi. Aku balik dr kerja, bini aku dah tidur.

Aku pergi kerja matahari tak naik, aku balik kerja matahari dah tenggelam kadang2 matahari tu dah nak naik balik dah.

Kalau bercakap pun bila aku balik la.. tanya khabar, hows your day, apa2 jadi ke ape ke.. stakat sembang-sembang mcm tu je. Mcm tu la hari2 selama 3 bulan.

Selepas 3 bulan tu, Aku perasan la bini aku ni macam ada something dalam hati tu. Aku perasan.. Aku buka mulut tanya la kot2 ada apa2 yang nak cakap.

Perempuan ni, bila kau cakap macam tu je, hah! Tu dia.. dia bawak dia punya list dari zaman couple, sampai lah 3 bulan kawen tu, dia luah semua kat aku.

Ada la sesi air mata sikit. Aku tak cerita detail la.. tp memang k3sian kat dia. Aku pun ambil keputusan untuk melepaskan k3senangan dari segi duit tu untuk aku luangkan masa bersama keluarga.

Aku tukar kerja. Aku kerja kat tempat aku buat part time dulu sebagai permanent staff. Gaji cukup2 makan la.

Tapi masa banyak. Habis office hour aku boleh main masak-masak sama2 dengan bini aku. Boleh solat jemaah sekali. Boleh tengok cerita sama-sama.

Boleh jalan-jalan, boleh balik rumah family aku, boleh balik rumah family dia, Aku aku pergi kerja dia dah bangun, aku balik kerja pn dia belum tidur. So memang happy la.

Tetapi, Jeng jeng jeng.. mesti ada kurang nya.. masalah yang aku hadapi sekarang ni adalah kekurangan sumber kewangan la boleh kata mcm tu.

Tak de la aku ni susah sangat sampai tak makan, sampai kena ikat perut gla2. tak de la sampai mcm tu.

Tapi tak la senang sampai kalau kau pergi kedai makan, kau tak perlu pun tengok harga makanan yang kau nak order tu. Isteri aku pn kadang2 stress jugak lah bila short off money.

Bab duit ni memang boleh menjadi punca terasa hati, bergaduh sana sini, orang pandang sinis, kena hina, rasa di hina, gaduh laki bini, merajuk sana sini..

Time ni la kau akan start pandang apa kemewahan yang kau pernah ada dulu. Starbuck hari2, subway hari2, makan kat kedai mahal, duit poket tak pernah putus, tol tak kisah, minyak tak kisah, makan tak kisah, boleh travel sana sini sambil2 buat kerja. fuh!! Bini aku pun sama.

Tengok balik time aku tak ada masa dengan dia, boleh kata hari-hari ada barang dari shopee sampai rumah.

Hari2 boleh upload gambar makanan yang nampak sedap (tp tak sedap pun) kt restoran hipster di IG dia.

Kalau ada je ariani ke, neelofa ke keluar produk baru, mesti dia beli, nak makan apa delivery je..

So dia tak pening nk fikir menu nak masak untuk aku. Sebab aku pn dah ada makanan aku sendiri.

Then ada la aku rasa utk kerja balik dengan boss lama aku sebab boss lama aku tu sangatlah suka kat aku.

Even dah almost setahun aku tukar kerja, boss aku still lagi tanya2 kalau2 aku nak kerja dengan dia balik. Alhamdulillah. Nasib lah bini aku ni baik orang nya.

Ada masa dia yang lebih rasional dari aku. Dia lah yang always cakap, “Takpe.. Masa senang belum sampai.. nanti Tuhan balas” dia jugaklah yang sama-sama perah otak apa nak buat utk tambah pendapatan tanpa aku patah balik kerja semula dengan boss aku.

Time takde duit tu dia la yang banyak support aku even dia tak kerja tetap. maybe next confession aku akan cerita pengorbanan isteri aku pulak. Haha.

Apa-apa pun, this is our decision. Aku sayang masa dengan bini dan family aku. Aku kena jaga perasaan dia juga sebab dia tak berkenan dengan kerja aku tu. Ustaz cakap rezeki akan bertambah kalau bini senang hati. Gittuww.

Duit tu akan aku usahakan untuk aku cari lebih lagi. Jadi pengajarannya, apa pun yang korang nak buat dalam hidup korang, korang buat lah.

Its your life. You decide. Never regret. Kalau boleh carilah isteri yang memahami, or, didiklah isteri korang nanti untuk menjadi penyabar dan memahami. Haha..

Akhir kata, aku mohon doa korang2 yang baca confession ni supaya doakan aku dan isteri aku menjadi lebih senang kaya raya.

Pemurah baik dari segi duniawi mahupun ukhrawi sebab aku percaya, doa korang mungkin akan merubah hidup aku yang aku dah decide mcm ni.

Haha.. Adios.. Moga confession ni membantu.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : lamanmaya