PELAKON Rashidi Ishak akhirnya tampil menjelaskan mengenai spekulasi sudah menjalinkan hubungan istimewa selepas foto bersama wanita bernama Mishael Lee itu tular di media sosial.
Tegas Rashidi, dia mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dan menganggap perkara itu hanya sebuah spekulasi semata-mata.
“Namanya adalah Mishael Lee. Kami baru sahaja bertemu. Walaupun spekulasi berlaku, namun ia hanya spekulasi. Kami tidak mempunyai sebarang hubungan.
“Ini adalah perkara yang sangat peribadi, tetapi saya perlu membersihkan apa-apa salah faham dan tanggapan daripada posting saya sebelum ini. Tolong hormati dia. Mishael Lee saya harap anda ok,” ujarnya.
Rashidi muat naik foto dan penjelasan tentang wanita terbabit.
Sebelum ini, pelakon filem BU itu menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik foto bersama seorang wanita di laman sosial Instagram miliknya.
Bagaimanapun, Rashidi memadam foto terbabit selepas ia menjadi tular dan menimbulkan spekulasi pelbagai pihak berkaitan hubungan tersebut.
Pada Ahad lalu, menerusi mStar, Rashidi enggan memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu.
Manakala, wanita itu memuat naik status menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar kawan.
Rashidi sah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.
View this post on InstagramDapat jugaklah nasi kukus. Stress hunger today jom makan jap esok sambung puasa nasi 😆 #nasikukus
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Rashidi Ishak Via Mstar