Perbezaan di antara manusia dan haiwan ialah akal dan keupayaan bagi berfikir secara rasional. Maka manusia haruslah menggunakan kelebihan akal yang diberikan untuk kebaikan.
Begitu juga dengan kisah seorang artis dan juga pelakon wanita tanah air, Umie Aida yang berkongsikan cerita bagaimana dia berjumpa dengan seekor anjing jalanan di kawasan perumahannya.
“Suatu hari, saya nampak mereka (sekumpulan anjing) macam minum air dekat tepi longkang, dari situ saya rasa kesian. Kenapa tidak saya sendiri sediakan bekas berisikan air berikan kepada mereka.
“Kemudian DBKL datang ambil, kecuali seekor anjing ‘Blacky’ yang melarikan diri, tak tahu dekat mana dia menyorok, itulah tinggal dia seekor sampai sekarang,” katanya ketika ditemu bual dengan My Forever Doggo.
Anjing itu tak pernah datang dekat dengannya seperti faham dan tidak juga minta untuk dibelai
Menurut Umie Aida, anjing itu sangat istimewa dan seperti ‘menghormati’ dirinya sebagai seorang Muslim.
“Dia tak pernah datang dekat dengan saya dan tidak minta saya untuk pegang dia pun. Malah, dia tak ber4k atau kenc1ng merata-rata di kawasan rumah saya. Dia akan pergi masuk ke dalam hutan untuk berbuat demikian.
“Jadi, saya ajar anak-anak menyayangi haiwan, bila mereka tengok saya sayang kepada haiwan itu, rasa sayang mereka kepada haiwan ini juga akan datang secara semula jadi,” katanya.
“Kita tak boleh paksa orang untuk cintakan anjing, kucing atau burung ke, tapi hargailah mereka sebagai makhluk ciptaan Tuhan” – Umie Aida
Tambah Umie Aida lagi, kehidupan kita sekarang ini sangat stress dengan Covid-19 dan ekonominya.
“Jadi, kita janganlah s3ksa haiwan-haiwan ini, bila kita respect mereka, dalam masa yang sama mereka juga akan respect kita,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Seismik