PENYANYI Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda, Da’i Syed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditah4n p0lis berhubung dakwaan rgol seorang gadis.
Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohammad Hafiz Hamidun, 36, pertemuannya itu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat serta menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.
“Malam sebelum dia ditah4n, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan. Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dia.
“Saya dah beritahu Syed, kena hadapi segala-galanya secara ment4l dan fizikal. Dia tunduk dan faham.
“Semoga Syed belajar daripada pengalaman ini. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal,” kata Hafiz menerusi Instagram pada Selasa.
Hafiz sempat bertemu Da’i Syed bagi memberikan nasihat dan pandangan.
Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas p0lis menerima laporan dakwaan rgol terhadapnya.
Pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti ini direman bermula Jumaat lalu dan disambung sehingga Ahad ini.
Sementara itu, Hafiz berkata dia sama sekali tidak menyokong tindakan tidak bermoral yang dilakukan pemuda berusia 25 tahun itu jika benar-benar didapati terbabit dengan jen4yah tersebut.
Perintah rema4n terhadap Da’i Syed dilanjutkan sehingga Ahad ini.
“Pada saya yang salah tetap salah tetapi sebagai kenalan tetap ada simpati kepada dia… tidak sekali sokong apa yang dilakukan kalau betul,” ujarnya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan S1iasatan jen4yah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, p0lis menerima tujuh laporan p0lis iaitu dua membabitkan S3ksyen 376 Kanun Kes3ksaan (rgol), tiga kes bagi S3ksy3n 354 Kanun Kes3ks4an (cbul) dan satu kes di bawah S3ksy3n 377C Kanun Kes3ks4an (s33ks luar tab`ii).
Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditaha4n semula pada pagi Selasa selepas tempoh rem4n pertama berakhir pada 1 Disember.
Saspek ditah4n rem4n selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu s1iasatan.
Peguam yang mewakili saspek iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan memberitahu pihak media, Da’i Syed menafikan kesemua tudvhan yang dibuat ke atasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar