ISTERI kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida kini menjalani kuar4ntin di rumah selepas adik lelakinya disahkan positif C0v1id-19.
Menurut Shahida, dia ada bertemu dengan adiknya iaitu Shaiful Rashid dan isteri, Ainil Ameera yang bertugas sebagai jururaw4t dua hari sebelum mereka disahkan dijangk1iti wab4k tersebut.
Biarpun keputusan ujian saringan negatif, Shahida tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu melibatkan suami dan anak-anaknya.
Shahida kongsi video ketika dia lakukan ujian saringan.
“Saya sekarang tengah menjalani kuarant1in di rumah memandangkan adik saya dan isterinya positif Cov1id-19. Isterinya seorang jururaw4t dan mendapat jangk1itan daripada pes4kit yang diraw4t.
“Alhamdulillah dah dua kali saya sw4b test dan kedua-dua keputusan negatif. Hanya saya seorang yang diku4rantin kerana saya sahaja kontak rapat berjumpa dengan adik dan isterinya.
“Suami dan anak-anak saya tidak berjumpa mereka. Saya jumpa mereka pada Sabtu lalu dan mereka disahkan positif pada Isnin,” katanya.
Walaupun sed1h tengok anak-anak menangis tapi keselamatan mereka lebih penting.
NUR SHAHIDA
ISTERI ALIFF SYUKRI
Shahida yang juga bekas penyanyi nasyid berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik video ketika dia melakukan ujian saringan di Instagram miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Shahida yang juga seorang usahawan berkata tujuan dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi mengaitkan dirinya dengan kluster tertentu.
“Saya maklumkan kerana tidak mahu ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan cuba mengaitkan saya menvduh menjadi kluster tertentu.
Shahida tidak berjumpa dengan suami, anak-anak dan pembantu rumah sepanjang kuar4ntin.
“Saya pakai gelang tapi bukan gelang berwarna pink, dan kalau tak silap saya gelang ada lima warna yang mengikuti stok atau daerah.
“Saya juga tidak mendekati atau menyentuh anak-anak saya juga… walaupun sed1h tengok anak-anak menangis tapi keselamatan mereka lebih penting,” ujarnya.
Shahida juga berharap orang ramai dapat mendoakan adiknya dan pasangan serta semua pesak1it yang dijangki1ti C0v1id-19 segera sembuh.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via AppleHijau