Selepas Neelofa, 31, mengumumkan berniqab pada 15 Oktober lalu, kini pengacara dan usahawan itu membuat keputusan untuk memadam semua foto ‘hijabster’ di Instagram (IG)nya.
Foto-foto tersebut termasuklah saat hos dan pelakon ini menghadiri beberapa acara fesyen terkenal dunia dan saat dirinya memperaga banyak jenama mewah antarabangsa serta cover majalah yang pernah dijalaninya sebelum ini.
Menerusi pemerhatian Gempak, daripada 7,568 kini hanya tingga 2,648 keping foto yang tinggal dalam akaun Instagramnya yang mempunyai lebih lapan juta pengikut itu.
Sebaliknya, tunangan PU Riz ini hanya men1ngg4lkan foto kenangan di Mekah, dan bersama ibu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, keluarga serta tuntutan kerja.
Ia juga mengekalkan semua foto dengan penampilan baharunya, berniqab serta petikan petikan berunsur ker0hanian.
Tindakan yang dilakukan bekas pengacara MeleTOP itu turut dihidu oleh segelintir peminat setia.
Sebelum ini, ketika sesi siaran langsung di laman Instagram (IG) Naelofar bersama pelakon Perempuan Tanpa Dosa, Uyaina Arshad, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengaku dirinya berasa bebas dan lebih bahagia sejak memakai niqab.
“Alhamdulillah saya sukakannya dan bahagia. Saya rasa lebih free (bebas) sekarang,” katanya.
Instagram: @neelofa
Twitter: @atiqah_sham & @qtowlnaj
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak