Penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad mencivm jena,zah anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai dika.pankan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang, petang ini.
Terdahulu, Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kema.l4ngan yang berlaku di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi.
Dua lagi yang ma.ut dalam na.has itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
FAM ucap tak.ziah kepada Syafiq Ahmad
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menghulurkan salam tak.ziah salam kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad, 25 yang kehilangan anak lelaki serta ibu mentuanya setelah kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam na.has di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.
Dalam na.has berkenaan, anak lelaki Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, yang baru dilahirkan 14 November 2020 lalu serta ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti dipercayai berusia sekitar 30-an mening.gal dunia di tempat kejadian.
Dalam kejadian berkenaan, isteri Syafiq, Nor Amalina Norain, 25, turut mengalami kece.deraan pa.rah dan difahamkan beliau berada di zon merah Hospital Seberang Jaya setelah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap pagi tadi.
Sementara itu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar kem4lang4n melibatkan Syafiq Ahmad.
Sumber : Bernama via Siakap Keli / Sinar Harian