SEBERANG PERAI – “Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba mengelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu.”
Itu kata Ahmad Ibrahim, 56, bapa kepada pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kem4lang4n selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dipandunya terbabas di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini awal pagi semalam.
Dalam kem4lang4n kira-kira pukul 4 pagi itu, tiga dilaporkan terbvnvh iaitu bayi lelaki Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Kenderaan Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq terbalik dalam kem4lang4n di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.
Muhammad Syafiq, 25, yang juga penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya berusia 2 tahun hanya ced3ra ringan.
Isterinya yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, pula ced3ra parah dan dikejarkan ke h0sp1tal Seberang Jaya di sini.
Ahmad memberitahu, Muhammad Syafiq yang juga anak sulungnya memaklumkan bahawa dia cuba mengelak daripada melanggar sesuatu yang tidak dikenal pasti berada di atas jalan.
“Saya tidak tahu mengenai kepulangan Syafiq ke rumah mertuanya sehingga menerima panggilan telefon berhubung kem4lang4n itu kira-kira pukul 4.10 pagi.
“Ketika menerima panggilan, saya keliru kerana ketiga-tiga anak (yang tinggal bersamanya di Bayan Lepas dekat sini) ada di rumah ketika itu.
“Saya sangat terkejut apabila diberitahu Syafiq yang sebenarnya ditimpa kem4lang4n kerana saya tidak tahu dia sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Pendang, Kedah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik h0sp1tal Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini semalam.
Ketika kejadian Muhammad Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke kampung Nur Amalina di Pendang.
Menurut Ahmad, kebiasaan Muhammad Syafiq akan pulang kampung menaiki pesawat, namun kali ini mungkin anaknya memandu sendiri kereta kerana isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua.
Katanya, dia sed1h kerana tidak sempat bertemu cucu lelaki yang baru dilahirkan itu.
Polis: Syafiq Ahmad Dipercayai Terlelap Sebelum Kem4lang4n
Pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad dipercayai terlelap sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas dalam kem4lang4n berhampiran Plaza Tol Jawi awal pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, kem4lang4n itu dipercayai akibat penyer4ng Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tertidur dan menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan.
“Gagal mengawal kenderaan menyebabkan pemandunya terb4bas dan mel4ngg4r pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik dan terseret berdasarkan kesan calar di jalan.
“Kejadian menyebabkan tiga penumpang iaitu bayi lelaki, ibu mentua dan pembantu rumah warga Indonesia m4ut di lokasi akibat keced3raan parah,” katanya.
Mengulas mengenai perkembangan terkini mengenai isteri kepada Muhammad Syafiq, pihak polis berkata isterinya patah tulang rusuk, pendar4han dalam perut, otak serta patah tulang paha kiri.
“Anak sulung mereka juga dipercayai mengalami pendar4han dalam otak yang mana kedua-dua ibu dan anak itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
“Muhammad Syafiq pula hanya mengalami keced3raan ringan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, Muhammad Syafiq yang memandu dari Johor Bahru dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, yang sedang berpantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.
Kem4lang4n itu turut mengorb4nkan bayi lelakinya berusia 22 hari, ibu mentuanya dan pembantu rumah warga Indonesia.
SUMBER: Harian Metro via Kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon