2 Fakta Permusvhan Aishwarya Rai & Rani Mukerji, Salman Khan Jadi Punca?

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Aishwarya Rai dan Rani Mukerji pernah menjadi berkawan rapat. Mereka jarang berlakon dalam filem bersama, kecuali ketika Aishwarya Rai membuat cameo dalam filem Rani Mukerji dan Abhishek Bachchan, Bunty Aur Babli.

Namun siapa sangka, persahabatan mereka berdua tidak berpanjangan. Berikut dua hal yang penyebab mereka tidak seakrab dulu seperti yang dilaporkan oleh IBTIMES.

Rani Mukerji Gantikan Tempat Aishwarya Rai

Foto: The National

Masalahnya bermula ketika Aishwarya Rai menjadi pelakon utama dalam filem hits Shah Rukh Khan, Chalte Chalte. Pada masa itu Aishwarya Rai baru saja putus cinta dengan Salman Khan. Namun Salman tidak menerima bahawa hubungan mereka putvs begitu saja. Salman Khan mengg4nggu proses penggambaran sehingga Aishwarya Rai terpaksa pergi men1ngg4lkan lokasi.

Nak tahu siapa yang menjadi pengganti? Rani Mukerji. Ya, Aishwarya Rai mar4h kerana Rani bersetuju untuk menggantikannya.

Rani tidak pernah membincangkannya dengan Aishwarya yang merupakan kawan baiknya ketika itu. Ini sangat meny4kitkan hati Aishwarya Rai sehingga dia tidak bercakap dengan Rani. Sejak itu hubungan mereka menjadi dingin.

Rumor Rani Mukerji Pernah Dating Dengan Abhishek Bachchan

Foto: The Tribune India

Rani Mukerji dan Abhishek Bachchan pernah berlakon dalam filem bersama. Bukan dalam filem saja, ada gosip yang tersebar mengatakan Rani dan Abhishek juga mesra di dunia nyata. Tetapi seperti diketahui umum, Abhishek Bachchan sangat menyayangi Aishwarya Rai dan akhirnya berkahwin.

Sungguh mengejutkan apabila Rani Mukerji tidak diundang ke majlis perkahwinan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan. Rani kec3wa.

Kepada Cosmopolitan, dia berkata, “Tidak menjadi masalah. Sudah menjadi jelas bahawa kita bukan teman sejati, dan hanya kawan artis. Mengundang seseorang ke majlis perkahwinan adalah sesuatu yang peribadi. Besok apabila saya berkahwin, saya akan benar-benar memilih siapa yang akan diundang. “

Kemudian, ketika Rani berkahwin dengan Aditya Chopra, dia  memilih untuk tidak menjemput Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai.

Tetapi nampaknya hubungan mereka bertambah baik. Kerana pada tahun 2017 ketika bapa Aishwarya Rai men1ngg4l, Rani Mukerji datang ke pengebvmiannya.

Jadi adakah Aishwarya Rai dan Rani Mukerji benar-benar sudah berdamai!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my