V4ksin Covid-19 membunvh 6 orang sewaktu kajian, ini penjelasan pakar

SEMALAM ‘kecoh’ di media sosial mengenai vaksin c0v1d-19 keluaran Pfizer dikatakan telah menyebabkan kem4tian enam orang sewaktu kajian fasa ketiganya.

Mendapat perhatian Dr Megat Mohammad Amirul Amzar di entri Facebooknya, katanya, berita itu membuatkan antivaksin melompat-lompat dan terus menvduh kerajaan kita cuba membunuh rakyat.

Mengulas lanjut mengenainya, kajian fasa ketiga melibatkan 43, 252 orang peserta yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang mendapat vaksin c0v1d-19 dan kumpulan yang mendapat plasebo (bukan vaksin c0v1d-19).

“Daripada 43 ribu orang itu, hanya enam kem4tian berlaku iaitu dua kem4tian dalam penerima vaksin dan empat kem4tian dalam yang tidak menerima vaksin c0v1d-19.

“Jika diselusuri lebih mendalam, kem4tian keenam-enam orang ini TIDAK BERKAITAN dengan vaksin kerana ada yang kena ser4ngan jantung manakala ada pula yang kena strok,” jelas Dr Amirul Amzar.

Memberi perumpamaan, Dr Amirul Amzar menjelaskan, ia umpamanya, anda dan kawan anda bersetuju menyertai kajian vaksin.

Tiba-tiba anda kena langg4r kereta lepas diberi vaksin dan kawan anda yang tidak menerima vaksin pula dip4tuk ul4r selepas balik daripada kajian.

“Kalau kedua-dua anda dan kawan anda m4ti, ia tetap akan direkodkan, tetapi pengkaji akan menyatakan kejadian itu tidak ada hubungkait dengan menerima atau tidak menerima vaksin.

“Antivaksin kebanyakannya suka bagi keratan berita sahaja tanpa baca berita penuh. Jangan mudah terperdaya dengan mereka. Penuhkan diri dengan ilmu dan rajinkan diri membaca,” pesannya.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar