Usia kandungan baru 28 minggu, tapi kuasa Allah anak yang dilahirkan dengan berat seumpama ‘sekilo gula’ kini membesar dengan sihat dan cukup bijak sekali. Dari lahir hinggalah usianya 3 bulan lebih berkampung di h0sp1tal, semuanya dilalui dengan penuh sabar.
Bagi Syarifah Syahirah Sera, pengalamannya melahirkan anak pramatang sesuatu yang sangat istimewa kerana tidak menjangka usia 7 bulan bayi dah nak keluar sedangkan waktu itu, masih belum betul-betul matang.
Kelahiran Eusoff Arashy Bin Ezo benar-benar membuatkannya menjadi ibu yang kuat. Bukan mudah untuk membesarkan anak pramatang sehinggalah usianya hari ini.
Lahir usia kandungan 7 bulan
12.12.19 – 12.12.2020 genap satu tahun anak pramatang kedua saya yang lahir pada usia kandungan 28 minggu, dengan seberat 1.10kg. Pengalaman bersalin yang paling tak dapat dilupakan.
Pagi start mild contraction, tapi nak sedapkan hati mungkin baby tengah aktif kat dalam perut ibu, tengahari ibu sempat masak untuk kakak, siapkan kerja rumah, siap dapat shopping kat shoppee lagi sempena promosi 12.12, petang makin s4kit, suami balik dari kerja, suruh bed rest, hati ibu memang dah tak sedap, rasa ni memang contraction sebab baring s4kit, duduk s4kit berdiri s4kit, terus google komplikasi bersalin pada 28minggu, berapa % baby akan hidup.
Terus cakap kat suami, macam mana kalau baby memang dah nak keluar harini. Tapi suami cakap takkan dah nak beranak baru 7bulan.
Maghrib, rasa nak bu4ng air, tiba-tiba ada lendir dar4h, terus ajak suami pergi h0sp1tal, just bawa barang kakak sikit, pastu buku pink, sijil nikah. Tak sempat hantar kakaknya ke rumah opah, sebab dah tak tahan s4kit, dalam kereta ibu sempat la salin pampers kakak awal-awal, kakak pulak dalam kereta sibuk nak menetek.
Ibu tengah layan contraction sambil istighfar dan baca doa nabi yunus. Rasa macam kepala memang dah nak keluar, sampai je h0sp1tal sambil suami papah ibu sebelah tangan lagi dukung kakak, dekat counter O&G terus panggil nurse dan ditolak ke labour room. Bukaan full 10cm dan baby breech, alhamdulillah dapat bersalin normal.
101 hari berkampung di h0sp1tal
Banyak suka duk4 selama 101 hari di h0sp1tal 42 hari kat NICU dan 59 hari dekat SCN. Alhamdulillah discaj semasa berat baby 3.4kg perkembangan baby sangat baik syukur pada Allah dapat melahirkan anak pramatang yang sememangnya cekal dan sangat kuat.
Semoga sihat anak anak pramatang ibu.. Doakan saya membesar dengan baik sama seperti anak-anak cukup umur yang lain walaupun umur sebenat Eusoff baru 9 bulan lebih. Tak sangka anak ibu yang sebesar tapak tangan ni sekarang ibu pun tak larat dukung.
SELAMAT HARI JADI EUSOFF ARASHY BIN EZO
12MONTHS Corrected Age 9MONTHS
Kredit: Syarifah Syahirah Sera
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Pa&Ma