Ketukan m1steri g4nggu penduduk Jerantut

Jerantut: Selepas mengh4ntui penduduk di Kampung Perias dan Kampung Batu Embun, dekat sini, misteri ketvkan pintu kini merebak ke kampung lain sehingga membimbangkan penduduk di daerah itu.

Ahad lalu kejadian ketukan pintu itu dilaporkan berlaku di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka dan kelmarin berlaku di Felda Jengka 24.

Holilah Itam, 58, yang tinggal di Kampung Tanjung Puteri, Ulu Cheka, dekat sini, mendakwa dig4nggu bunyi ketukan di bahagian pintu dapur rumahnya.

“Pintu dapur rumah saya tiga kali diketuk. Ketukan pertama pada jam 11 malam, kali kedua pada jam 11.30 malam dan ketiga pada 12.15 malam.

“Inilah kali pertama sejak saya hidup terpaksa berdepan kejadian pelik seperti ini. Memang men4kutk4n kerana kita tidak pasti punca atau kenapa kejadian ketukan pintu yang sebelum ini berlaku di tempat lain, turut dialami kami di sini,” katanya.

Semalam, dua rumah di kawasan FELDA Jengka 24 turut dig4nggu.

Menurut penduduk FELDA Jengka 24, Nazli Musa, 45, kejadian bermula kira-kira 11 malam dan berterusan sehingga awal pagi.

“Bunyi ketukan itu berulang setiap lima hingga 10 minit. Pada mulanya saya ingatkan ada budak nakal bermain, tapi bila fikir balik macam tak logik, jadi saya fikir mungkin ada kaitan dengan ins1den sama di tempat lain.

“Perkara ini saya sudah maklumkan kepada rakan peneroka lain di kawasan FELDA Jengka 24, ada antaranya mengakui turut mengalami g4ngguan serupa,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peneroka FELDA Jengka 24, Khairul Fadli Itam, 50, mengakui turut dig4nggu ketukan misteri di pintu rumahnya kelmarin.

Katanya, kejadian itu merisaukan kerana ia boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan penduduk.

“Kejadian pertama bermula jam 11 malam dan berulang kira-kira 30 minit kemudian. ins1den ini mengejutkan kerana saya ingatkan hanya cakap-cakap orang saja, sehinggalah saya sendiri alaminya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud meminta semua penduduk berhati-hati dan tidak bimbang kerana laporan mengenai misteri berkenaan sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Seeloknya mereka mengalami g4ngguan membuat laporan p0lis bagi memudahkan pemantauan dan si4satan.

“Selain itu, saya nasihatkan penduduk untuk tidak mengambil tindakan sendiri, jangan buka pintu jika terdengar bunyi ketukan yang kita tidak ketahui puncanya kerana kita bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk bekerjasama melakukan rondaan sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hmetro