Ibu tiga beradik m4ut kini stabil

IPOH: Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam ke4lang4n di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang semalam, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Abang kepada wanita berkenaan, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim iaitu Muhd. Jazli Aiman, 31, berkata, adiknya yang ced3ra par4h dalam kem4lang4n itu kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan R4pi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Saya belum berkesempatan melihat Aimi namun berdasarkan maklumat oleh doktor, keadaannya stabil dan telah dipindahkan ke ICU pagi tadi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Menurut Muhd. Jazli, ketika kejadian, Nur Aimi Nadiah bersama tiga anak lelakinya dalam perjalanan pulang dari kampung mereka di Melaka ke Pulau Pinang.

Katanya, adik perempuannya itu tinggal berasingan dengan suami kerana bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.

“Jen4zah ketiga-tiga anak saudara saya akan dibawa balik ke Sungai Putat, Melaka dan dikebumikan di sana,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz berusia tujuh tahun dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim serta Muhammad Affan Hafiy masing-masing berusia tiga dan satu tahun m4ut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terb4b4s lalu mela4ngg4r belakang sebuah treler yang berada di lorong kecem4san.  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Utusan Online