Nama pelakon Hannah Delisha menjadi perhatian ramai imp4k daripada watak Amani menerusi drama Cinta Sekali Lagi. Sehinggakan ada yang memintanya membuka tudung kerana ger4m dan mar4h dengan lakonannya itu.
Hannah bagaimanapun menganggap komen-komen itu sebagai satu impk positif untuk karier lakonannya.
“Apabila saya terima k9men daripada netizen, saya akan nilai semula dan bila ramai yang saklt hati dengan watak Amani, itu menunjukkan saya berjaya membawakannya dengan baik.
“Walaupun membawa watak itu satu tugas berat, namun saya cabar diri untuk membawa suatu kelainan buat penonton dan peminat,” katanya.
Biarpun sudah tamat tyangannya, imp4k drama Cinta Sekali Lagi masih lagi dirasakan terutamanya watak antagonis lakonan Hannah itu.
Selain Hannah, drama bersiri yang ditayangkan di TV3 itu juga dibarisi barisan pelakon hebat antaranya Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Raja Afiq.
Sejak membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu, ramai yang memuji penampilan pelakon berasal dari Singapura yang dilihat tampil sopan dan manis sekali.
Baru-baru ini, Hannah ada berkongsikan beberapa keping gambar di sebuah majlis menerusi laman Instagram miliknya. Hannah dilihat tampil menawan dengan mengenakan hijab bermotifkan bunga.
Namun, apa yang menjadi bualan ramai adalah gaya tudungnya yang dilabuhkan hingga menutupi bahagian d4da ternyata mendapat pujian rata-rata netizen.
Terdahulu, Hannah mengakui dia pernah terfikir tentang soal rezeki selepas dia memilih untuk berhijrah, namun dia tidak perlu risau kerana dia percaya dengan ketentuan dan segala rezeki adalah daripada Allah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya