Wartawan ini berjaya masuk dalam Bilik Rahsia Najib. Ini yg dia nampak

DI SAAT SAYA MEMASUKI BILIK ‘RAHSIA’ NAJIB

.

BANYAK kali juga saya bertemu Datuk Seri Najib, adakalanya sekadar chit chat dan bersarapan pagi di rumahnya di Pavillion, pekena mee goreng mamak bersama rakan-rakan di rumahnya di Langgak Duta, malah ke pejabatnya dekat Bukit Pantai, Bangsar.

Namun salah satu perkara yang saya teringin nak masuk dan pergi adalah ‘bilik rahsia’ bekas Perdana Menteri yang orang gelar Bossku ini.

Bilik rahsia tu bukanlah toilet ataupun bilik simpan duit (kalau pun adalah).

Ini kerana sebagai wartawan, saya suka cerita-cerita di balik tabir yang tak ramai orang tahu ini.

Yelah sebagai orang bekas nombor satu negara, pasti ada sedikit sebanyak perkara yang beliau tak ingin berkongsi dengan orang luar, apatah lagi bilik yang mana beliau banyak ‘berkhalwat’ sendirian di dalamnya.

Untuk itu, antara orang yang paling sesuai saya majukan soalan ini sudah tentulah pegawainya yang rapat dan setia dengannya, siapa lagi kalau bukan Setiausaha Akhbarnya, Datuk Rozilan Salleh.

Rozilan, bekas wartawan kanan dan anak jati Jerantut, Pahang itu seperti biasa akan tersengih-sengih bila kita bertanya pasal bosnya.

Satu pagi ketika saya bersama Rozilan di rumah Najib kat Pavillion, saya nekad menanyakan perkara tersebut pada beliau.

“Macam nilah, apa kata kau tanyakan sendiri benda ini pada Datuk Seri, tapi kalau kau tanya aku, bilik studi beliau kat rumah Langgak Duta tu memang orang luar jarang boleh masuk walau pegawai beliau sendiri.

“Wartawan jangan cakaplah, memang tak lepas punya, Datuk Seri suka masuk bilik tu,” kata Rozilan yang sempoy dan gemar berkemeja pink itu hehehe.

Dipendekkan cerita, lepas pekena apam balik yang pembantu Datuk Seri beli (saya pun tak tahu kat manalah dia beli apam balik pepagi buta tu), saya pun ‘buka mulut’ bertanyakan perkara ini pada Bossku.

Pada mulanya saya jangka Bossku akan sedikit ‘anoyying’ dengan soalan itu, rupanya beliau tergelak dan memang betul apa yang Rozilan katakan – Najib suka duduk kat bilik studi beliau itu!

“Takdelah privasi atau rahsia apa pun dalam bilik studi saya tu, saya suka baca buku sorang-sorang kat situ sambil telefon atau berbalas mesej dengan rakan-rakan, and few things lagila, nak tahu jom pergi sana, tak mengapa, bawalah sekali krew Malaysia Gazette kalau nak snap foto atau nak record,” kata Najib.

Bak orang mengantuk disorongkan bantal, pelawaan Bossku memang saya eksaited gila khinzirlah!

Bila tiba hari yang dijanjikan, saya dan krew ke rumahnya di Langgak Duta tetapi kami agak resah.

Najib seolah-olah ‘terlupa’ tentang hal ‘bilik rahsianya’ yang kami berdua sembang seminggu sebelumnya.

Temubual sudah, ke suraunya sudah, ke gimnasium kecilnya pun sudah, tetapi beliau masih tak sebut pasal langsung pasal bilik berkenaan.

Rupa-rupanya beliau tak lupa, ketika dah di hujung-hujung penggambaran, baru beliau mempelawa kami ke bilik tersebut, tadaaaaaaa!!!

Rasa macam power gila siot bila Najib sendiri yang tolong buka pintu bilik itu untuk kami masuk, hehehehehe.

Dan untuk sekian kalinya, bilik rahsia itu bukanlah menjadi rahsia lagi.

Bilik itu terletak di tingkat satu, sama lantai dengan ruang tamu. Untuk makluman, rumah Najib ada satu tingkat bawah tanah, ia adalah surau di mana ramai anak-anak tahfiz datang membaca Yassin dan bersolat dengannya.

Di tingkat satu itu ada dua ruang tamu, ruang meja makan dan dapur (termasuk sangkar kucing yang menempatkan kucing kesayangannya yang gebu tu, Kiky tak silap namanya).

Ruang tamu utama agak besar kerana ia macam nampak ruang tamu rasmi untuk tetamu kenamaan, satu lagi ruang tamu yang lebih santai, so bilik study Najib tu di sebelah ruang tamu kedua itulah.

Masuk saja ke bilik studi tu, ia nampak macam perpustakaan mini yang sarat dengan buku pelbagai genre. Agak berselerak, tetapi bukan sebab ia tidak dikemas tetapi nampak sangat memang Najib ni ‘ulat buku’.

Dalam erti kata lain, buku-buku yang berselirat kat dalam tu bukan sekadar hiasan.

Kemudian Najib duduk di meja kayunya, tempat yang beliau kata sering digunakan untuk menelefon dan bertanyakan khabar sahabat handainya.

Baik ini sebenarnya yang saya nak cerita. Di bilik itulah rupanya tempat di mana banyak potret beliau dan adik beradiknya dibingkaikan.

Yang paling banyak adalah potret mereka bersama ayahanda dan bonda tercinta, Razak dan Rahah.

Dengan tanpa disuruh-suruh, Najib pegang potret-potret itu dan merenung tajam wajah ayah dan bondanya…wajahnya tiba-tiba suram dan matanya sedikit berkaca.

Semua kami di dalam bilik itu terdiam seribu bahasa. Kami hanya biarkan beliau melayan perasaannya. Yang terdengar hanyalah bidikan kamera adik jurufoto kami, Hazrol.

Ketika itu bilik tersebut bagai pepatah orang Melayu – ‘Malaikat Lalu’ – semua senyap dan sunyi.

Hanya setelah kira-kira lima minit, barulah Najib mengangkat mukanya daripada merenung foto-foto kenangan itu sambil bertanya: ” Errr…ada apa-apa lagi ke nak rakam, kalau tak ada jom kita minum, pembantu saya ada masak sikit, kita makanlah apa yang ada sama-sama ye ”

Baik, kenapa saya menulis mengenai topik ini.

Bila saya melihat kesed1han dan kesuraman yang bermain di wajah Najib bila ibunya men1ngg4l semalam, saya dapat rasakan, seperti mana kita semua, beliau juga sangat menyangi mereka dari lubuk hatinya yang paling dalam.

Cuma kalaulah waktu boleh diputarkan kembali, saya rasa Najib tak mungkin bersetuju dihantar ke England untuk masuk ke asrama ketika remaja JIKA beliau tahu bapanya akan pergi dalam usia yang agak muda.

Ketara benar riak wajahnya seolah-olah merasakan waktu terlalu singkat untuk beliau bermanja lebih lama dengan Tun Razak, tidak seperti anak-anak lain yang membesar dengan bapa mereka.

Dan semalam, insan yang beliau cukup sayang dan tempat mencurah isi hati selepas bapa men1ngg4l mengejut di London, Tun Rahah pula pergi buat selama-lamanya.

Saya yakin, kalaulah segala jawatan dan kekuasaan boleh mengembalikan Razak dan Rahah kembali ke dunia, Najib tidak akan teragak-agak untuk melakukannya.

Semoga Najib dan ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan ujian yang sangat berat untuk ditanggung ini.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita pulang.

Innalillahiwainnalilahirojiun.

SAK

Dalam posting terkini, DS Najib terus mendoakan arw4h kedua ibu bapa beliau

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhanku.

Kedua ibu bapaku telah tiada di dunia ini, telah menerima panggilanMu Ya Allah.

Aku redha.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemuiMu Ya Allah.

Aku insan yang kerdil ini merayu, memohon Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku.

Limpahkan rahmat kepada kedua ibu bapaku, selamatkanlah kedua-duanya dan ampunkan kesalahan mereka.

Muliakan keduduk4n kedua ibu bapaku, luaskan tempat tinggal kedua-duanya, mandikan mereka dgn air, salji dan air sejuk.

Bersihkan kedua-duanya dari kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran.

Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik.

Masukkan kedua ibu bapaku ke dalam syurga Mu dan lindungilah daripada azab kubur dan ujianMu, jauhkanlah kedua-duanya dari azab neraka.

Amin Ya Rabbil Alamin.

Perginya seorang srikandi negara

Negara hari ini bersed1h dengan pemergian ke rahmatullah seorang srikandi negara Tun Rahah Mohamed Noah, yang dikenali sebagai seorang isteri dan wanita yang cekal, ibu penyayang dan insan berhati mulia.

Rahah merupakan tokoh penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Perdana Menteri kedua Malaysia, allahy4rh4m Tun Abdul Razak Hussein serta anaknya Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri keenam.

Dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor, allahy4rh4mah adalah puteri bongsu kepada seorang ahli politik negara, allahy4rh4m Mohamed Noah Omar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, di Johor Baharu.

Rahah, 87, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Razak pada 4 Sept 1952 dan dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam serta Datuk Mohamed Nazim.

Walaupun beliau menjadi balu pada usia muda, ketika berusia 43 tahun selepas Abdul Razak men1ngg4l dunia pada 14 Jan 1976 akibat leukemia, namun beliau mampu membesarkan lima anaknya sehingga menjadi individu berjaya dalam pelajaran mahupun kerjaya masing-masing.

Sebagai seorang isteri kepada pemimpin utama negara, Rahah banyak memberikan semangat dan per4ngsang kepada suaminya terutama ketika menghadapi peristiwa darurat di Tanah Melayu dan rusuhan kaum pada tahun 1969.

Beliau juga sering mengiringi suami menjalankan tugas-tugas rasmi negara sama ada di dalam mahupun luar negara.

Memandangkan ayahnya mempunyai pengalaman yang luas dalam politik termasuk pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama dan Yang Dipertua Dewan Negara, Rahah banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada ayahnya tentang selok-belok politik.

Beliau turut memainkan peranan yang aktif dalam setiap pilihan raya dengan berkempen dari rumah ke rumah dan berucap di perhimpunan anjuran wanita.

Beliau telah membuktikan bahawa kaum wanita juga boleh memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara dengan melibatkan diri dalam beberapa kegiatan kaum wanita di negara ini.

Selain itu, Rahah seorang yang aktif dalam pergerakan kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) dan pernah menjadi pengasas pergerakan Wanita UMNO Petaling Jaya, selain cenderung dengan kerja-kerja kebajikan khususnya yang memberi manfaat kepada kaum wanita.

Beliau juga adalah penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi) yang pertama pada 1969 hingga 1976 selain pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Restoran Rakyat dan menjadi Canselor pertama Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2001.

Sebagai seorang ibu, Rahah memainkan sebahagian besar peranan dalam mengasuh dan mendidik putera-puteranya.

Setelah Abdul Razak men1ngg4l dunia, Rahah menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya yang ketika itu masih belajar.

Beliau disifatkan sebagai seorang ibu yang sentiasa memberi sokongan dan bimbingan dengan penuh kasih sayang.

Najib dalam perutusan sempena Hari Ibu sebelum ini, berkata beliau tidak mungkin berada pada keduduk4nnya sekarang jika tidak kerana sokongan dan kasih sayang ibu yang tidak pernah pudar.

Menurutnya, beliau mengagumi dan terasa kerdil dengan ketinggian peradaban, sikap tenang, kemurahan dan kebaikan hati, kebijaksanaan serta gerak hati ibunya selama ini.

“Ibulah yang telah membolehkan setiap daripada kami memenuhi potensi diri; memenuhi janji cita-cita kami dan menyelusuri laluan yang telah ditentukan sebagai takdir kami,” katanya.

Pelbagai penganugerahan darjah dan pengiktirafan diterima allahy4rh4m, antaranya dikurniakan Darjah Seri Setia Mahkota daripada Kerajaan Persekutuan pada 1976 yang membawa gelaran ‘Tun’, Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Anugerah Srikandi daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia serta menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Universiti Utara Malaysia.

– Bernama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sumber : http://trendingsangat.pw/wartawan-bilik-ds-najibb-razakk/