Memang betul-betul kejutan dan tiada siapa menjangka Kamal Adli akan melamar Uqasha ketika siaran langsung.
Akhirnya Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengakhiri spekulasi hubungan asmara mereka apabila aktor itu membuat kejutan dengan melamar aktres tersebut untuk berkahwin sebentar tadi.
Lamaran tersebut dibuat Kamal Adli selepas mereka berdua menjadi penyampai anugerah dalam Anugerah MeleTOP 2020 (AME 2020).
” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” tanya Kamal Adli sambil berlutut.
Meski demikian, Uqasha meminta Kamal untuk mengulang lamaran tersebut.
” Uqasha Senrose sudikah awak menjadi isteri saya?” ulang Kamal Adli.
” Yes,” jawab Uqasha yang memakai pakaian dengan warna sedondon hitam.
Diketahui, Uqasha menerima sebentuk cincin tajaan dari Habib Jewels. Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini.
Ia selepas keduanya sering berganding dalam drama, termasuk yang terkini Perempuan Tanpa D0sa.
Zizan Kena Tro0ll
Dalam pada itu, Zizan terus jadi bahan sindiran dan meme oleh netizan di media sosial selepas Kamal melamar Uqasha. Umum mengetahui yang Zizan masih hidup membujang walapun rakan-rakan artis yang sebaya sudah pun menempuhi alam perkahwinan.
Menyedari jodoh beliau menjadi perbualan hangat di kalangan netizan, Zizan tampil memuat naik satu status yang jodoh adalah rahsia dan milik Allah. Zizan juga kelihatan tidak selesa dengan sindirin seperti itu
“Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya dimedia sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE dipentas Ame 2020 malam tadi. Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best. Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal m4ut itu bukan urusan kita dan semestinya dia”
Digelar ‘penjaga jodoh’ orang, netizen doakan Zizan cepat kahwin
Sebelum ini Zizan Razak dikaitkan memandangkan sebelum ini ada gosip yang mengatakan dia pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Mira Filzah.
Tolong jaga ‘jodoh orang’
Akan tetapi mengimbau kembali gosip-gosip cinta Zizan, ramai yang perasan kesemua artis wanita yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun berkahwin.
Sabar zang, bunga bukan sekuntum
Tidak sabar juga mahu melihat Zizan menamatkan zaman bujang, rata-rata netizen mendoakan agar pelawak tersebut segera bertemu jodoh.
Sebelum itu kisah pasangan sama cantik, sama padan yang sedang hangat di ulik cinta, Kamal Adli, 34, dan Uqasha Senrose, 28, sudah menghadiri kursus kahwin di sebuah negeri, baru-baru ini.
Pembongkaran dilakukan oleh pengarah, Michael Ang yang sedang melunaskan penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa membabitkan Kamal dan Uqasha menerusi entri Instagramnya.
Menerusi satu video yang dimuatkan, pengarah yang terkenal dengan sikap selamba itu mendapatkan kepastian dua bintang berkenaan. K
Kamal dilihat mengelak memberikan jawapan dan kepastian yang ingin diketahui Michael. Manakala, Uqasha pula selepas beberapa kali didesak terpacul perkataan berbunyi ‘kursus je…’, sekali gus mengiyakan kebenaran yang tersebar.
Ramai yang menganggap gosip cinta Kamal dan Uqasha sekadar gimik untuk menghangatkan siaran drama berkenaan yang kini bersiaran di Astro Ria.
Michael berkata, dia tiada niat langsung nak bikin gimik atau menghangatkan kisah cinta mereka.
” Ceritanya, saya ada terdengar Kamal dan Uqasha pergi kursus kahwin ketika di lokasi penggambaran drama.
” Jadi, saya tanya mereka sejauh mana kebenaran cerita. Sikap saya memang selamba kalau rasa nak tanya apa sahaja.
” Jika dilihat dalam video yang dikongsi, Uqasha ada menyebut ‘kursus jer…’, rasanya betullah mereka sudah pergi kursus kahwin.
” Jika betul pun, apa salahnya. Ini untuk kebaikan mereka menambah ilmu pengetahuan, sebelum melangkah ke fasa perkahwinan. Andai betul jodoh mereka kuat dan merancang ke fasa seterusnya, doakan yang baik-baik. Percayalah, ada jodoh tak ke mana.
” Saya memerhatikan mereka ketika berlakon dalam drama arahan Setelah Terlafaznya Akad dan Perempuan Tanpa Dosa. Mata dan mulut saya tidak akan menipu.
” Mereka memang menjalinkan cinta lokasi atau cinlok. Saya dengar mereka pernah putus, sambung balik. Biasalah, adat bercinta,” katanya kepada BH Online.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingsangat.pw/kamal-adli-melamar-uqasha-masa-live-sekali-jodoh-zizan-jadi-perbualan-dimedia-sosial-ini-reaksi-dia/