BAGI korang yang belum mengenali, Elya adalah watak animasi yang dicipta khas oleh KWSP bagi menasihatkan orang ramai mengenai jumlah pengeluaran sebelum membuat permohonan.
Elya akan muncul setelah pemohon mengisi maklumat nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit serta menjawab beberapa soalan.
Lebih menarik, Elya dilihat sebagai penasihat kewangan apabila pemohon memasukkan jumlah permohonan, Elya akan membuat kiraan secara kasar jumlah duit yang bakal dikeluarga ketika umur pemohon 55 tahun.
Ternyata perbuatan Elya memberi sedikit kesan kepada emosi pemohon apabila jika dilihat kembali, jumlah kiraan Elya melebihi sekali ganda dengan jumlah pengeluaran yang bakal dikeluarkan.
Namun, ada juga dalam kalangan orang ramai yang memberi nasihat supaya tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan Elya dan teruskan melakukan permohonan dengan jumlah yang paling maksima iaitu RM10,000.
Apa pun semuanya terserah kepada individu itu sendiri, tiada sebarang paksaan untuk pengeluaran jumlah wang simpanan korang tapi dengan adanya Elya sebagai penasihat online KWSP diharap dapat membantu korang untuk mengeluarkan jumlah tertentu sahaja mengikut keperluan pada masa ini.
Kalau korang nak kenal lebih dekat dengan Elya mungkin boleh cuba buat permohonan! Selamat mencuba!
Kami di SinarPlus percaya hari ini rata-rata orang ramai mula berkata berkenaan i-Sinar KWSP yang mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menetapkan permohonan i-Sinar dalam talian telah pun dibuka bermula hari ini.
Bagi tujuan itu, terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk membuat permohonan melayakkan mereka mengeluarkan sejumlah wang RM10,000 maksima melalui akaun 1.
Bagi kategori 1, semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Bagi kategori ini permohonan tidak memerlvk4n sebarang dokumen sokongan diperlvk4n, hanya perlu mengisi butiran yang diminta melalui online sahaja melalui isinar.kwsp.gov.my.
Kelulusan akan dibuat secara autom4tik berdasarkan data dalaman KWSP dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Maka dengan itu media sosial hari ini dibanjiri dengan status yang dimuat naik oleh orang ramai bercerita mengenai hal i-Sinar KWSP.
Ada yang berkongsi link cara permohonan, ada yang dilihat berjaya membuat permohonan dan hanya menunggu bayaran dibuat malahan ada juga yang berpendapat sebaliknya.
Namun, yang lebih menarik perhatian ramai adalah watak Elya yang lahir hasil daripada kewujudan laman sesawang i-Sinar KWSP hari ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar