Tiga pelajar sam4n guru kerana 8 bulan tak hadir kelas

Perkara itu telah mengakibatkan kerugian kepada pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, di Kota Belud, Sabah untuk mendapat peluang mempelajari mata pelajaran bahasa Inggeris.

SMK Taun Gusi

Ketiga-tiga pelajar itu Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung yang kini sudah berusia 19 tahun, dilapor memfailkan sam4n itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bulan lalu.

Guru mereka bernama Mohd Jainal Jamran didakwa gagal mengajar mereka dalam kelas subjek bahasa Inggeris antara bulan Mac sehingga November 2017.

Sam4n berkenaan turut menamakan lima pihak defendan iaitu Mohd Jainal, Suid Hanafi sebagai pengetua sekolah, Ketua Pengarah Pendidikan, Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga plantif itu difahamkan belajar di kelas yang sama iaitu kelas 4 Sains Sukan (4SS) di SMK Taun Gusi, Kota Belud, antara bulan Januari 2014 hingga bulan Disember 2018.

Mereka mendakwa guru bahasa Inggeris yang ditugaskan di kelas 4SS, tiga kali seminggu sepanjang tempoh tahun Akademik 2017 dari Januari hingga Oktober iaitu Mohd Jainal, hanya hadir ke kelas pada bulan Januari dan Februari.

Namun pada bulan Mac 2017, Mohd Jainal didakwa selalu datang lewat ke kelasnya dan akan men1ngg4lkan kelas lebih awal atau tidak hadir langsung.

Setiap kali berlakunya perkara berkenaan, plaintif terpaksa pergi ke pejabat Mohd Jainal untuk mengingatkan atau memintanya hadir ke kelas bahasa Inggeris yang ditugaskan kepadanya.

Dakwa mereka, antara bulan Mac dan Julai 2017, guru berkenaan lewat hadir ke kelas, Dan men1ngg4lkan kelas lebih awal, selain sengaja menolak atau tidak mengendahkan tanggungjawab untuk mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.

Menurut Rusiah Sabdarin, meskipun aduan sudah dibuat kepada beberapa orang guru dan bahagian pentadbiran sekolah berkenaan, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap Mohd Jainal dan tiada guru ganti disediakan untuk kelas 4SS.

Seorang lagi pelajar, Nur Natasya mendakwa hampir semua pelajar gagal dalam peperiksaan subjek Bahasa Inggeris pada tahun 2017.

“Kenapa pengetua melindungi guru yang melakukan kesalahan? Kenapa pengetua tidak fikir bahawa kami tertekan dan bimbang akan gagal dalam peperiksaan,” 

“Kami mahukan keadilan, dan berharap kesemua mereka yang dinafikan hak terhadap pendidikan bangkit bersama,” katanya.

Mereka antara lain menuntut mahkamah mengisytiharkan bahawa kelima-lima defendan telah mel4ngg4r tugasan di bawah Akta Pendidikan 1996 di dalam memastikan mereka bertiga menerima pengajaran bahasa Inggeris dalam tempoh sembilan bulan pada tahun 2017, dan menyediakan persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Mereka juga menuntut mahk4mah mengisytiharkan bahawa kelima-lima defendan telah mel4ngg4r hak asasi untuk mereka bertiga mendapatkan akses pendidikan yang termaktub di bawah Perkara 5 yang dibaca dengan perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketiga-tiga mereka juga menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am dan ganti rugi keterlaluan, kos, serta kerugian yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Milosuam