Terus dikaitkan dengan dua lelaki iaitu Zizan Razak dan Remy Ishak, nampaknya pelakon Mira Filzah tidak melihat ada logik untuk dia mengakui ada hubungan yang terjalin dengan salah seorang lelaki yang dimaksudkan itu.
View this post on InstagramTap for details. Double tap for ❤️ . . #arianifloraya19 #melandmolly #youdoyou
Jelasnya, sudah sampai masanya mereka di luar sana berhenti mengaitkannya dengan dua pelakon tersebut memandangkan tiada hubungan istimewa antara mereka selama ini.
“Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin.
“Tambahan pula drama lakonan kami mendapat sambutan
“Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy. Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama,“ katanya menjelaskan khabar angin mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki itu.
Mengakui lebih menyukai lelaki berusia, kongsi Mira, dia melihat kematangan dan agama sebagai penyumbang utama kepada hubungan yang baik dan kukuh.
View this post on InstagramChubby cheeks. 🐹 Happy month I guess. 🤷🏻♀️ . . @galeriariani #MiraFilzah
“Saya memang suka lelaki yang lebih berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki yang sebaya.
“Dalam mana-mana hubungan kita perlukan seseorang yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama yang boleh membimbing saya,” jelasnya.
Ditanya sama ada tahun ini bakal menjawab segala persoalan mengenai hatinya, dengan jujur Mira mengakui dia masih belum bertemu lelaki yang sesuai.
View this post on InstagramHappiness is your personal responsibility. 🌈💖 . . #mirawanderlust #Seminyak #MiraFilzah
“Hati saya masih belum dimiliki sesiapa.
“Tahun ini juga saya tidak nampak akan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi mahu melangsungkan perkahwinan,” kata Mira yang kini menjadi duta kepada tudung Ariani.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
sumber : utusan via media ohsem