Baru-baru ini viral sebuah video gelagat seorang murid perempuan menyertai acara larian di sekolah telah mencuit hati netizen. Video berdurasi seminit itu menyaksikan pelajar berkenaan berlari berlawanan arah setelah mendapat baton dari rakan sepasukan.
Menerusi laporan mStar, pelajar yang dikenali Aishah tidak sama sekali terlibat dengan acara sukan tersebut dan hanya menggantikan rakannya yang tidak sihat.
Hari sukan punya cerita
Video ini dirakam seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak sempena hari sukan. Mendapat lebih 24ribu tontonan di Facebook Mohd Hafis Ismail membuatkan ramai netizen geli hati menonton video berkenaan.
Aishah merupakan anak Orang Asli Temiar dan dia tidak terlibat dalam acara 4X50 meter. Menurut Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut, pelajar itu hanya menggantikan rakannya yang tidak sihat.
Mungkin timbul kekeliruan
Malah, guru yang menjaga acara itu juga tidak menyangka Aishah akan bertindak lari lawan arah. Memandangkan dia pula peserta ketiga dalam acara berkenaan. Memang cemas semua cikgu disitu.
Nama dia sebenarnya tiada dalam list dalam acara itu. Dia menggantikan tempat rakannya yang demam, tidak datang ke sekolah. Sebelum itu dia masuk acara sukaneka. Bila acara sukaneka memang akan lari ulang alik, dan tak lama lepas itu bermulalah acara 4X50 meter.
Kebetulan tahun satu bercampur dengan murid tahun dua. Aishah pula pertama kali sertai sukan sekolah, lepas itu kena menggantikan rakan pula. Mungkin timbul kekeliruan.
Dia lari all-out
Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah menceritakan pengalaman mengejar pelajar berkenaan sejurus dia bertindak lari all-out lawan arah.
Salah seorang guru kejar dia ingatkan dia boleh patah balik tapi dia terus berlari. Kebetulan cikgu di hujung padang hentikan dia. Larian bagi pasukan rumah sukan Aishah dibatalkan.
Walaupun kalah, pasukan dia tetap dapat hadiah di tempat ketiga. Sebab hanya ada tiga rumah sukan bertanding.
Mereka sangat tulen dan lurus
Seorang guru berbaju putih yang mengejar Aishah turut kongsi pengalaman melucukan itu. Cikgu Mohd Rassidee merupakan seorang guru dari SK Pos Perwor, Sungai Siput dan diundang ke hari sukan di sekolah tersebut.
Budak itu memang lari laju. Dia lari all-out dengan mimik muka bersungguh-sungguh. Saya kejar dia suku padang baru dapat. Kalau tak salah arah, confirm menang. Tapi dia tidak tahu pun berlari lawan arah itu salah.
Perkara yang saya nak kongsi. Murid pendalaman ini memang tulen dan lurus. Apa yang mereka buat berlaku secara spontan. Itu yang buat kami terhibur.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Ohbulan