NAMA pelakon dan pengacara popular, Neelofa menjadi menjadi bualan hangat pada Sabtu, berikutan tersebarnya spekulasi yang mengatakan hubungannya dengan PU Riz telah berakhir.
Andaian tersebut dikuatkan lagi dengan tindakan beberapa ahli keluarga Neelofa, 31, termasuk ibu dan adik-beradiknya yang didapati tidak lagi mengikuti akaun Instagram (IG) PU Riz, selain sepakat memuat naik status yang menjuruskan maksud sama tentang dengan sikap sebenar seseorang di IG Stories.
“A person’s true colors will always show within time. You may be fooled for the moment, but be patient and see what happens,” antara quote yang dikongsi adik dan kakak Neelofa di IG story milik mereka.
Biarpun tidak menyebut nama, namun rata-rata netizen beranggapan ‘quote’ yang dikongsi itu ditujukan kepada PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 25.
Malah berdasarkan tinjauan yang dibuat di media sosial mereka, tiada lagi foto-foto PU Riz termasuk foto majlis merisik Neelofa pada 1 November lalu.
Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah terdapat masalah di antara pasangan selebriti itu.
Bagaimanapun, Neelofa sehingga kini belum memuatkan naik sebarang hantaran baharu atau kenyataan berhubung perkara tersebut, malah dilihat masih mengikut IG PU Riz, biarpun telah memadam foto-foto melibatkan pelakon dan penceramah bebas itu.
Begitu juga dengan PU Riz yang mengambil pendekatan sama untuk tidak memberikan sebarang kenyataan.
Disebabkan itu pelbagai spekulasi dan versi cerita yang dikongsi sehingga menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Berikutan itu juga, nama kedua-dua selebriti ini menjadi trending sejak malam tadi.
Bagaimanapun, sejauh mana kebenaran tentang perkara tersebut tidak dapat dipastikan dan hanya diketahui pasangan terbabit dan keluarga masing-masing.
Dalam pada itu, ramai peminat yang turut meluahkan rasa simpati jika benar ia berlaku turut mendoakan yang terbaik untuk hubungan Neelofa dan PU Riz. Tidak kurang yang menganggap ia sebagai dugaan alam pertunangan.
Terdahulu PU Riz dan keluarga membawa rombongan merisik serta menyerahkan cincin tanda kepada Neelofa pada 1 November lalu dan dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar